Wednesday, December 16, 2009

10 Muwassafat Tarbiyah


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Tahajud Cinta : Tinta Buat Kita

“Beribu tahun telah berlalu, beribu batu telah tertimbus. Kami yang tidak pernah melihat wajahmu, yang tidak pernah mendengar suaramu. Menemukan jalan hidup, Ya Allah!! Sampaikan selawatku dan salam kami kepada Rasulullah tercinta..Ya Arhamanar Rahimin…”


Teater Muzikal : Sirah Junjungan - Tahajud Cinta


USAHA DAKWAH ERMA FATIMA


Seorang pengarah filem yang seringkali dikagumi dengan hasil-hasil karyanya. Idea yang berasaskan nilai kemanusiaan seringkali menjadi pilihan dalam mengekspresikannya di dunia seni.

Kali ini beliau tampil dengan satu usaha dakwah yang unik dengan mengetengahkan penceritaan suci sirah Rasullullah dengan menterjemahkannya didalam bentuk teater muzikal.

Dilihat daripada trailer yang saya lihat di laman web yayasan seni karya, ia dapat menggambarkan bahawa teater ini mempunyai daya tarikan yang cukup menggamit dan menyentuh hati penonton yang bakal menyaksikannya. Penceritaannya diiringi dengan nyanyian lagu yang berunsurkan perjalanan sirah Rasul yang disampaikan oleh penyanyi-penyanyi terkenal tanah air kita. Jika saya di Malaysia, sudah pasti saya akan menontonnya.

Semoga usaha murni yang ditonjolkan beliau dalam mengetengahkan aspek dakwah unik ini mendapat kekuatan dan rahmat daripada Allah agar beliau dapat terus menyampaikan mesej dakwah Islamiah melalui medan seni dan diharap agar semua penggiat-penggiat seni yang lain dapat mengambil contoh yang sedemikian rupa supaya wajah dunia senia Malaysia dapat dilihat sebagai salah satu ruang dan aspek dakwah yang baru dan popular di mata rakyat Malaysia bahkan menjadi ikutan di luar negara.

MASYARAKAT DAN KITA

“Berlakon??!!Ish2 haram tu…MAKSIAT!!, takde kerja lain ke nak buat??”

“Eleeh, nak masuk bidang seni konon, kau tu belajar agama!, sok-sok balik kat surau, sekolah agama, masjid2..haaa..!! Itulah tempat kau, tak payah masuk lain-lain bidang, SYUBHAH banyak!!”

“Kau nak buat apa habis belajar nanti?? ..balik jadi ustaz, jadi imam dan bagi ceramah kat surau kampung, hujung bulan dapat duit gaji..”

Yang mengerti akan cuba memahami dan meneliti. Yang “pelik” dan mengeji akan menghukum umpama hakim. Susah untuk mentafsirkan samada perkara sebegini adalah realiti ataupun sekadar anggapan yang bermain dibibir masyarakat kita. Jangan terkejut jika perkara seperti perbualan diatas akan berlaku pada diri kita wahai siswazah timur tengah. SUDAH RAMAI yang membuka mata tentang hakikat hala tuju sebenar graduan bidang pengajian Islam, bagi mereka siswazah ini perlu terjun kedalam pelbagai bidang yang melibatkan komuniti masyarakat yang lebih besar. Tidak dinafikan juga, MASIH RAMAI yang menutup mata tidak tahu apa sebenarnya fungsi siswazah pengajian Islam ini, bagi mereka, ustaz/zah, imam dan bilal, guru agama itulah yang mencorakkan masa depan siswazah pengajian Islam ini.

Ini tanda kita masih kebuntuan kata.



GERAK DAKWAH YANG MENJADI BUAH MULUT


Usaha yang dijalankan oleh sesetengah pihak seperti yang dilakukan oleh yayasan seni karya prihatin pasti akan menjadi buah mulut dengan menimbulkan isu-isu pro dan kontra walaupun sudah diluluskan oleh JAKIM. Pejuang agama VS pejuang seni.

Segelintir akan menyoal sejauh mana keberkesanan pementasan teater muzikal terbabit. Umpama doktor, yang meneliti dari A hingga Z keseluruhan pementasan tersebut (termasuk krew-krew, pelakon, juru mekap dan lain-lain), bukan untuk dipuji, tetapi untuk mencari di mana salahnya jika dilihat dari sudut syariah dan agama. Manakala pada bahagian skrip dan pembawaan pentas dijadikan isu kedua.

Ini masalah kita. Mudah menjatuhkan hukum dan meletak kesalahan di atas kepala orang lain.

Walhal, kita masih lagi dibelakang berlagak hebat dan “angkuh” kononnya berdakwah. Padahal setakat berbicara di gerai kopi bersama-sama dengan kawan-kawan yang juga seangkatannya. Itu kisahnya.

Mereka yang dikritik sudah jauh maju ke hadapan memikirkan cara bagaimana untuk menarik yang bukan Islam atau yang sudah “Islam” untuk mendekati agama Islam dengan penuh penghayatan menggunakan pentas yang dikatakan “Maksiat” oleh sesetengah orang yang tidak berfikir.

Mereka yang mengkritik terus dengan warna-warna kritikan mereka. Habis satu isu, isu baru pula yang timbul.

Masyarakat yang masih mencari-cari sinar dakwah, mula terapung-apung tanpa jawapan. Melihat satu fenomena pelik orang-orang berilmu.

Salahkan siapa??

Bertindaklah, jika kita sedar kita mampu mengubahnya.
Bertindaklah, jika kita punya nilai kesedaran.
Bertindaklah, sebelum kita jadi diantaranya.

Memasang niat sudah cukup. Niat yang padu dan tetap serta gerak langkahnya. Bukan sekadar niat di hati.

“Dunia ini untuk orang-orang yang menyintai kehidupan, kasih sayang yang besar menjadikan jiwa manusia besar…”


“DIRI KITA PERLU RUANG DAN PELUANG”

Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang



Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang
  1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
  2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
  3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
  4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
  5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
  6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
  7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
  8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
  9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
  10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
  11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
  12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
  13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
  14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
  15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih


11 Disiplin Bentuk Pendakwah Berjaya

ORANG yang pada mulanya berminat memahami isu agama dan cuba untuk mendalaminya, akhirnya lari dan menyepikan diri kerana sikap ditunjukkan 'pendakwah awam' atau umat Islam yang tidak bijak membicarakan ilmu agama. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada Muaz bin Jabal dengan sabda yang bermaksud:

"Permudahkanlah orang dan janganlah kamu menyusahkan mereka! Gembirakanlah orang dan janganlah membuatkan mereka lari daripada kamu." (Hadis riwayat al-Bukhari)


Konsep 'memberi kemudahan' serta 'menggembirakan' orang yang ingin mengenali Islam disuruh Nabi SAW kepada umatnya. Tidaklah menghairankan dalam masa kurang daripada 100 tahun risalah dakwah dibawa Nabi Muhammad SAW, suara azan sudah berkumandang di benua timur dan barat, melepasi batas budaya dan sempadan negara.

Bagi menghasilkan natijah terbaik pada diri individu Muslim yang ingin menjadikan dirinya sebagai seorang pendakwah berjaya, ada beberapa faktor penting yang perlu dikaji antaranya:

  1. Memperbaiki diri dan mendidik jiwa ke arah iman dan takwa. Pendakwah akan menyeru orang lain menerusi perbuatannya terlebih dulu sebelum dinilai melalui tutur perkataannya. Perkara itu ditekankan kerana ia senjata paling penting daripada sudut penilaian manusia di persekitarannya.
  2. Pendakwah juga perlu membersihkan jiwanya daripada sifat mazmumah seperti angkuh, sombong, ego, penakut, bakhil, malas dan pendendam. Jika tidak dikikis segala ia pasti mengundang keburukan pada wajah Islam itu sendiri yang menjadi cerminan pada pendakwah berkenaan.



  3. Pendakwah perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu syariat secukupnya. Ilmu syariat mempunyai peringkat, tahap berbeza dan perlu diambil oleh mereka menurut kemampuan akal seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

  4. "Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan nescaya dia akan diberikan kefahaman oleh Allah dalam urusan agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

  5. Pendakwah juga perlu mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira usia, budaya, agama, pangkat dan etnik. Kemahiran itu penting bagi membina hubungan baik dengan mereka serta menjadi peribadi disukai ramai.
  6. Pendakwah perlu mempelajari kemahiran berdakwah melalui cara terbaik semasa berinteraksi dan berkomunikasi, dialog semasa, memberi kesan kepada pendengar, menarik minat mereka untuk terus mendengar dan isu yang diutarakan sesuai dengan tajuk semasa.
  7. Pendakwah perlu mempelajari cara dan teknik terkini yang lebih mantap dengan penuh kesungguhan supaya tidak terus ketinggalan. Segala bentuk maklumat terbaru diperlukan untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah kepada orang ramai.
  8. Pendakwah secara peribadi harus memahirkan dirinya menyusun masanya yang sesuai untuk membuat sebarang perjumpaan dan pertemuan, menentukan waktu terbaik menyampaikan ceramah, waktu berkesan dan mampu mempengaruhi pendengar. Teknik pengurusan masa menjadikan keberkesanan dalam dakwah yang dijadualkan secara lebih rapi dan kemas tanpa melupuskan waktu senggang bersama keluarga. Masa yang terurus dan teratur ini akan memudahkan lagi usaha dakwahnya.
  9. Sumber lain yang perlu ada pada diri pendakwah ialah dengan mempelajari dari pendakwah lain yang lebih maju dan profesional. Mereka sepatutnya mempunyai banyak jaringan dan mampu bersahabat dengan ulama serta pendakwah terkenal lain.
  10. Mereka juga perlu berkongsi dalam aktiviti dakwah dan melatih diri ke arah pencapaian lebih baik.
  11. Selain itu, mereka perlu meluangkan masa untuk melawat ke pusat dakwah dan badan dakwah yang lain untuk menimba ilmu pengetahuan.
  12. Di samping itu, mereka perlu berjumpa pendakwah veteran dengan mengkaji dan mengutip segala pengalaman.

Apa yang perlu diteliti pendakwah sebelum berdakwah ialah menilai tahap kemampuan orang yang ditujukan dan ingin disampaikan mesej dakwah. Setiap manusia mampu untuk berdakwah menurut kemampuan dan kebolehan dianugerahkan Allah kepadanya. Pendakwah perlu bersikap dengan lebih berhati-hati dalam percubaan menyampaikan dakwah dan kesemua ini dapat dicapai melalui latihan berterusan dan berkesinambungan serta penuh kesungguhan mengikut keupayaan termampu.


Berjuang.. Tetapi Tidak Ikhlas?

Ramai orang yang berjuang. Tapi tidak seramai itu pula yang berjuang dengan ikhlas. Melalui interaksi dengan Kitabullah dan Nabi Muhammad saw., para sahabat amat memahami bahawa memurnikan (mengikhlaskan) orientasi dan amal hanya untuk Allah adalah suatu keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.

Mereka meyakini sepenuhnya bahawa hal itu merupakan kunci untuk memperoleh pertolongan dan dukungan Allah dalam setiap pertempuran yang mereka terjuni, menghadapi musuh-musuh mereka, baik musuh dari dalam diri mahupun dari luar diri mereka.

Mereka menghayati firman Allah swt.:
“Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah. Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” [At-Taubah (9):120]

Para sahabat memahami hal itu dan mengaplikasikannya dalam diri mereka. Maka terlihat dalam perilaku mereka. Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah saw. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu mengatakan, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah saw. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya.

Saat terjadi
Perang Khaibar, Rasulullah saw. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka.

Ketika ia datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu mengatakan, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah saw.” Orang itu mengatakan lagi, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggorokannya), lalu aku mati lalu masuk syurga.”

Rasulullah saw. mengatakan,
“Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah saw. mengatakan, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. berkata, “Ia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.”

Lalu Rasulullah saw. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah: “Allaahumma haadza ‘abduka kharaja muhaajiran fii sabiilika faqutila syahiidan wa ana syahidun ‘alaihi”
(Ya Allah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya).” (Diriwayatkan oleh An-Nasai)


Anas Bin Malik ra. menceritakan bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. seraya mengatakan, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku orang hitam, buruk rupa, dan tidak punya harta. Jika aku memerangi mereka (orang-orang kafir) hingga terbunuh, apakah aku masuk syurga?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya.” Lalu ia maju dan bertempur hingga terbunuh.

Ia lalu dibawa kepada Rasulullah saw. dalam keadaan sudah meninggal. Rasulullah saw. mengatakan, “Sungguh Allah telah membuat indah wajahmu, membuat harum baumu, dan membuat banyak hartamu.” Beliau kemudian melanjutkan, “Aku telah melihat kedua isterinya dari kalangan bidadari mereka berebut jubah yang dikenakannya. Mereka masuk antara kulit dan jubahnya.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim)

Begitulah para sahabat mempraktikkan ikhlas dalam perjuangan. Dan begitu pulalah seharusnya kita mempraktikkannya. Dan jika ada niat yang tidak jelas dalam jiwa selain keikhlasan, maka hendaknya kita ingat hal-hal berikut ini:

Pertama, bahawa Allah mengawasi, mengetahui, mendengar, melihat kita. Firman-Nya:
“Dan Dialah Allah (Yang Disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan; dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.” [Al-An'am (6): 3]

Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.”

Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Ali Imran (3): 29]

Kedua
, bahawa orang yang riya (ingin dilihat orang) atau sum’ah (ingin didengar orang) dalam beramal akan dibongkar oleh Allah semenjak di dunia sebelum di akhirat. Dan mereka tidak mendapatkan bahagian dari amal mereka selain dari apa yang dinginkannya.

Rasulullah saw. bersabda,
“Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Ketiga, bahawa kekalahan yang diderita kaum Muslimin dewasa ini adalah akibat kezaliman kita sendiri. Firman-Nya:
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” [Yunus (10): 44]

Keempat
, bahawasanya ketidakikhlasan menghancurkan amal, besar mahupun kecil. Dan dengan demikian bererti kita telah membuat perjuangan kita bertahun-tahun sia-sia belaka. Allah swt. berfirman:
“Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang telah melakukan kezaliman.” [Thaha (20): 111].

“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” [Al-Furqan (25): 23]

Dan Rasulullah saw. bersabda, “Aku benar-benar mengetahui orang-orang dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan-kebaikan seperti gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikannya bagaikan debu yang tertiup angin.”

Tsauban berkata, “Wahai Rasulullah, terangkanlah sifat mereka kepada kami agar kami tidak seperti mereka, kerana kami tidak mengetahui mereka.” Rasulullah saw. menjelaskan, “Mereka adalah termasuk saudara-saudara kamu dan seperti kulitmu. Mereka menggunakan waktu malam seperti yang kamu lakukan, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang jika berhadapan dengan larangan-larangan Allah mereka melanggarnya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kelima, orang-orang yang beramal bukan kerana Allah adalah orang yang pertama dibakar untuk menyalakan neraka. Dalam hadits panjangnya, Rasulullah saw. menjelaskan nasib tiga kelompok manusia yang celaka di hari akhirat kerana beramal dengan riya.

Keenam, orang-orang yang riya’ akan menjadi teman syaitan pada hari kiamat di dalam neraka jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah bagi kita
kisah Quzman, seperti yang diterangkan oleh Qatadah –semoga Allah meredhainya.

Beliau menjelaskan, “Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah saw. setiap disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh lapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat.

Lalu ia terluka lalu dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Muslimin mengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman, maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-Bidayah Wan-Nihayah, Ibnu Katsir)

Marilah kita bersama ingatkan jiwa kita dengan peringatan-peringatan tersebut agar dalam bergerak, berjuang, dan berkorban (tadhhiyah) senantiasa ikhlas kerana Allah.


Sifat-sifat Pendakwah



Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.


Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.

Sumber artikel : JAIS


Sibuk Isu Khilafiyyah; Bagaimana Masalah Ummah?

PENGENALAN


Sesungguhnya Islam adalah agama penyatuan dan perpaduan bukanlah sebuah agama perpecahan dan pergaduhan. Islam juga adalah agama toleransi dan berkasih sayang bukanlah sebuah agama kekerasan dan kezaliman. Ini dapat kita fahami berdasarkan beberapa dalil di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah Taala (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai.

(Surah ali-Imran: Ayat 103).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang beriman disatukan dan tiada kebaikkan bagi sesiapa yang tidak bersatu dan yang tidak disatukan.

(Riwayat Ahmad).


Kita dapati pada hari ini masyarakat Islam di Malaysia (khususnya) kian berpecah-belah lantaran keghairahan beberapa pihak yang begitu gemar mengadakan perdebatan dan perbahasan isu-isu khilafiyyah secara terbuka. Keadaan menjadi lebih parah kerana golongan awam turut diajak bersama-sama menjadi hakim yang tidak bertauliah tanpa didasari oleh ilmu dan akhlak. Fenomena ini berlaku di mana-mana sahaja lantaran peranan yang dimainkan oleh media massa (televisyen, radio, akhbar, majalah, website, blog dll) merupakan salah satu faktor utama perpecahan dan permusuhan umat Islam di Malaysia kian menjadi-jadi. Mungkin mereka ini terlupa kepada ingatan dan pesanan Allah Taala sepertimana berikut:

Firman Allah Taala bermaksud:

Tolong-menolonglah kamu pada jalan kebajikan dan taqwa dan jangan kamu tolong-menolong pada jalan dosa dan permusuhan.

(Surah al-Maidah: Ayat 2).


Di dalam kesibukkan dan keghairahan mereka ini menaburkan benih-benih perpecahan dan permusuhan, mungkin juga mereka terlupa bahawa umat Islam pada masa kini kian diambang kehancuran dan kemusnahan. Pelbagai masalah muncul pada setiap ketika tidak kira di mana-mana sahaja, akan tetapi umat Islam terus dilamun kelekaan dan kelalaian. Mereka tetap sibuk dengan isu-isu khilafiyyah! Musuh-musuh Islam terus ketawa dan ketawa-ketawa melihat umat Islam pada waktu ini begitu leka dengan isu khilafiyyah tanpa memperdulikan keadaan umat Islam yang lain. Mereka bertepuk tangan dengan gembiranya di atas kejayaan mereka menyuntik jarum-jarum perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam sendiri tanpa perlu menghantar bala tentera walaupun seorang. Kita masih lagi leka dengan isu-isu khilafiyyah?

Berikut saya jelaskan secara ringkas empat isu besar umat Islam (walaupun sebenarnya banyak lagi) yang patut kita ketahui berbanding menyibukkan diri dengan isu-isu khilafiyyah ialah:


1. GEJALA MURTAD DI MALAYSIA

Sejak berakhirnya perang Salib di antara Islam dan Kristian, para pendakyah Kristian di sebelah Barat kelihatan kurang mempedulikan perkembangan Islam di negara-negara Eropah kerana mereka mengetahui bahawa Islam akan mula bangkit dari sbelah Timur. Mereka juga tidak memperdulikan apabila gereja-gereja di Eropah bertukar menjadi masjid-masjid bagi umat Islam. Rancangan hebat mereka lebih tertumpu di sebelah Timur termasuklah di negara kita Malaysia. Negara jiran kita Singapura telah berada di dalam gengaman mereka. Manakala Indonesia pula sudah menampakkan tanda-tanda awal akan turut serta dikuasai oleh Kristian. Sabah dan Sarawak juga sudah hampir-hampir mereka kuasai sepenuhnya. Sekarang adalah giliran masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia pula akan menerima para pendakyah agama Kristian.

Firman Allah Taala bermaksud:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

(Surah al-Baqarah: Ayat 120).

Isu murtad di Malaysia bukanlah suatu isu yang baru kita sedari dan dengari sehari dua, bahkan isu ini pernah mengemparkan umat Islam di Malaysia melalui pendedahan ekseklusif mengenai krisis murtad ini beberapa tahun lalu oleh Mufti Kerajaan Perak. Namun umat Islam sehingga waktu ini masih lagi dibuai mimpi indah bagaikan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan berkenaan murtad. Gejala murtad ini bagaikan tidak membawa apa-apa pengertian dan keinsafan kepada umat Islam bahawa Allah Taala sedang mendatangkan balanya. Lebih menyedihkan lagi, isu khilafiyyah juga diutamakan berbanding dengan peranan yang boleh kita mainkan bagi membantu menangani krisis murtad yang kian meruncing dari sehari ke sehari. Umat Islam tetap terus leka dengan isu-isu khilafiyyah yang ditaja oleh segolongan pihak. Apakah peranan dan tugas kita hanya sekadar memerhatikan sahaja murtad kian berleluasa di samping menyibukkan diri dengan isu-isu khilafiyyah?


2. UMAT ISLAM DI PALESTIN

Isu Palentin ini bukanlah berhenti setakat isu perjuangan negara merdeka Palestin dari rejim Yahudi sahaja bahkan isu ini adalah isu umat Islam sejagat. Umat Islam di Palestin diancam dengan kematian dan kemusnahan pada setiap masa dan ketika daripada tentera-tentera Israel. Berita-berita serta gambar-gambar rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam sentiasa diulang-tayang secara visual kepada seluruh rakyat Malaysia. Dengan segala kelemahan dan perpecahan yang berlaku di antara sesama umat Islam, kita hanya mampu melihat dan berlinangan air mata merenung episod demi episod pembunuhan dan penyiksaan rakyat Palestin yang tidak berdosa. Kita tidak mampu berbuat apa-apa!


Seperti di negara-negara Arab yang sentiasa bertelagah dan berpecah-belah, umat Islam di Malaysia juga terlalu sibuk dengan perbahasan serta perdebatan isu-isu khilafiyyah yang membawa kepada berlakunya pergeseran dan pergaduhan sesama sendiri. Perbalahan ini sudah pasti akan melemahkan perpaduan dan kesatuan umat Islam yang amat diperlukan pada ketika ini bagi membantu umat Islam di Palestin. Janganlah kita menjadi punca atau penyebab kepada berlakunya perpecahan dan pergaduhan ini sedangkan isu besar berkenaan umat Islam di Palestin tidak kita pedulikan. Masyarakat terus menjadi leka dan lalai dengan percakapan dan tulisan-tulisan kita. Jika inilah keadaan dan tindakannya, bagaimanakah kita hendak menjawab segala pertanyaan di hadapan Allah Taala nanti?

Firman Allah Taala bermaksud:

Adapun orang-orang kafir sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (wahai orang-orang yang beriman) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah Taala (keteguhan persaudaraan serta kesatuan dan perpaduan sesama orang yang beriman) nescaya akan terjadi kekacauan dimuka bumi dan kerosakkan yang besar.

(Surah al-Anfal: Ayat 73).


3. GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA


Masalah gejala sosial di kalangan remaja Islam memang hebat diperbincangkan di mana-mana sahaja termasuklah di Malaysia. Gejala seperti seks bebas, pembuangan bayi, mengedar serta menagih dadah, minun arak, lumba haram, mengugut, black metal dan sebagainya lagi hanyalah sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Masalah ini bukan sahaja berlaku di negara-negara maju seperti Amerika dan United Kingdom, bahkan masalah ini turut melanda negara-negara umat Islam dari dunia ketiga seperti Malaysia. Golongan remaja pada hari ini hidup dengan penuh kebebasan di tengah-tengah dunia kemodenan dan globalisasi. Kebebasan tanpa batasan inilah yang menyebabkan mereka terus hanyut dan leka dengan segala keseronokkan duniawi tanpa memikirkan masa depan umat Islam.

Semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi membendung masalah gejala sosial di kalangan remaja Islam di Malaysia yang kian meruncing dari sehari ke sehari. Tanggungjawab dan tugas mendidik para remaja Islam mestilah bermula daripada institusi keluarga hinggalah kepada peranan yang wajib dimainkan oleh pihak kerajaan. Jika kita terlalu sibuk dengan isu-isu khilafiyyah dan menyebabkan masyarakat Islam saling menyalahkan diantara satu sama lain, berpecah-belah, tiada sifat kasih-sayang dan sebagainya lagi, bagaimana mungkin kita hendak menghadapi dengan semua ini dengan berkesan? Sibuk dengan isu-isu furuk (cabang-cabang yang berlaku khilaf) fiqh dan aqidah sehingga menyebabkan maruah umat Islam tergadai adalah satu pengkianatan kepada Islam!

Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:

Menjadi suatu bentuk pengkhianatan terhadap umat (Islam) pada hari ini dengan membawakan mereka tenggelam di dalam kancah perdebatan masalah-masalah furuk fiqh atau pinggiran aqidah.

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyruk Wa al-Tafarruq al-Mazmum).


4. KEPERLUAN ILMU PENGETAHUAN TERHADAP UMAT ISLAM



Firman Allah Taala bermaksud:

Allah Taala akan meninggikan (kedudukan) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.

(Surah al-Mujaadilah: Ayat 11).

Sesungguhnya ilmu pengetahuan itu telah mengangkat martabat sesiapa sahaja yang memilikinya. Sebagai contohnya, sesebuah negara akan menjadi maju dan berkuasa sekiranya negara itu telah menguasai ilmu pengetahuan dunia pada hari ini seperti negara Amerika, United Kingdom dan Jepun. Walaupun kita amatlah membenci negara Amerika yang sentiasa melindungi dan membantu Israel memerangi rakyat Islam di Palestin, namun umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa kerana kita tiada ilmu untuk melawan mereka. Negara mereka menguasai bidang persenjataan dan perindustrian sedangkan negara umat Islam pula tidak menguasai mana-mana bidang ilmu bahkan negara-negara Islam sentiasa bergaduh dan berpecah-belah kerana isu-isu remeh. Bukan sahaja di negera-negara Arab, akan tetapi di negara-negara sebelah Nusantara termasuklah di Malaysia juga masih jauh ketinggalan di dalam institusi keilmuan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap orang Islam.

(Riwayat Abu Yaala).

Janganlah kita terlalu menyibukkan diri dengan isu-isu khilafiyyah sedangkan ilmu pengetahuan yang perlu kita kuasai tidak dikuasai sepenuhnya. Bagi mereka yang belajar jurusan agama maka bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu agama di samping tidak melupakan juga ilmu akademik. Bagi mereka yang belajar jurusan akademik maka bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu akademik di samping tidak melupakan juga ilmu agama. Sebagai seorang pelajar ataupun mahasiswa, inilah salah satu daripada jalan-jalan utama yang dapat kita mampu sumbangkan kepada Islam. Janganlah disebabkan kejahilan kita terhadap ilmu yang patut kita kuasai menyebabkan fitnah dan kehancuran terus menimpa Islam. Manakala sebagai seorang pekerja pula, manfaatkanlah segala ilmu yang ada untuk kepentingan dan kebaikkan umat Islam sejagat.


MEMAHAMI HAKIKAT DAN PENGERTIAN KHILAF

Sesungguhnya perbezaan pendapat dan pandangan dengan kepelbagaian buah fikiran di kalangan masyarakat Islam merupakan salah satu sunnah (hukum alam) yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Jika manusia terus-menerus melaksanakan tanggungjawab yang telah ditaklifkan oleh Allah Taala secara ikhlas maka umat Islam pastilah dapat memagarkan diri masing-masing daripada perselisihan-perselisihan yang boleh merosakkan Islam. Manakala perselisihan-perselisihan yang berlaku namun didasari oleh ilmu dan akhlak sudah pastilah perselisihan-perselsihan itu akan membuahkan hasil yang lumayan kepada khazanah ilmu Islam. Umat Islam akan beroleh rahmat daripada khilaf para ulama. Ini bertepatan dengan sebuah hadis yang menunjukkan bahawa perselisihan di kalangan para ulama adalah rahmat bagi umat Islam sepertimana berikut:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Ikhtilaf umatku adalah rahmat.

(Riwayat Maqdisi, Baihaqi dan Haramain).

Nota: Perbahasan berkenaan taraf hadis ini agak panjang. Saya tidak bercadang untuk menjelaskannya atau memanjangkan tulisan berkaitan taraf hadis ini di sini.

Jika seseorang manusia itu berusaha untuk menyelesaikan perselisihan ini dengan cuba menukar kepelbagaian pendapat dan mazhab kepada satu pendapatnya sahaja maka sudah tentu ia akan mengubah perselisihan tersebut kepada perbalahan dan pertentangan yang sengit. Keadaan ini sudah tentu akan membuka ruang-ruang kepada musuh Islam untuk menyelinap masuk dan mengambil kesempatan dengan kelemahan umat Islam itu untuk kepentingan dan kemaslahatan mereka. Sedangkan Allah Taala telah menyebutkan di dalam al-Quran al-Karim agar umat Islam tidak berpecah-belah dengan perselisiahan-perselisihan yang tidak mendatangkan manfaat kepada umat Islam di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselihan (di dalam agama mereka).

(surah ali-Imran: Ayat 105).

Jika kita dalami dan meneliti secara mendalam serta ikhlas berkaitan dengan perbezaan pendapat di antara imam-imam mazhab, kita akan dapati bahawa semua pendapat yang mereka kemukakan adalah betul bekala. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh kaedah-kaedah yang digunakan bagi mengistinbatkan hukum-hakam adalah berbeza-beza menurut mazhab masing-masing. Di samping itu juga, pemahaman terhadap sesuatu dalil bagi masalah-masalah yang timbul adalah berbeza-beza di antara setiap mujtahid. Jikalau kita sentiasa lazimi membaca dan bertalaqi kitab-kitab fiqh yang membahaskan perincian para ulama terhadap sesuatu hukum-hakam, nescaya kita akan berasa betapa rendah dan hinanya diri kita ini berbanding kehebatan mereka. Mereka benar-benar diberikan petunjuk dan cahaya oleh Allah Taala!

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah Taala akan kebaikkan padanya maka sudah tentulah Allah Taala menjadikannya seorang yang mengerti perihal agama (alim ulama).

(Riwayat Ibnu Majah).

Suatu ketika dahulu saya tidak menjangkakan sememangnya wujud segolongan pihak yang sentiasa bersungguh-sungguh menyeru masyarakat awam Islam kepada tidak bermazhab untuk menghapuskan khilaf. Mereka ini membayangkan mazhab-mazhab adalah rekaan para ulama muktabar semata-mata tanpa didasari dalil-dalil yang kukuh. Mungkin juga mereka beranggapan pendapat mereka sahaja yang betul kerana mereka sentiasa menyeru untuk berpegang dengan al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. sahaja walaupun hakikatnya mereka tidak memahami nas-nas maksum tersebut. Mereka menafsirkan nas-nas secara zahir!

Berkata Imam Jalaluddin al-Sayuti:

Sesungguhnya ikhtilaf (perselisiahan) di antara mazhab-mazhab di dalam agama ini adalah nikmat yang besar dan kurniaan yang hebat. Di sana terdapat hikmah yang hanya dapat dilihat oleh orang-orang yang berilmu. Manakala orang-orang yang jahil tidak mampu melihatnya. Bahkan aku (Imam al-Sayuti) pernah mendengar sesetengah golongan yang jahil berkata: Nabi S.A.W. datang dengan syariat yang satu, dari manakah datangnya mazhab yang empat?

(Artikel: Jazil al-Mawahib Fi al-Ikhtilaf al-Mazahib).

Untuk maklumat tambahan sila rujuk di sini:

http://buluh.iluvislam.com/?p=66


TERLALU SIBUK MEMBAHASKAN ISU-ISU KHILAFIYYAH

Pada hari ini, telah wujud segolongan pihak yang terlalu sibuk serta amat gemar membahaskan dan memperdebatkan isu-isu khilafiyyah di tengah-tengah masyarakat awam di Malaysia yang majoritinya bermazhab Shafie dengan alasan amalan-amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia tidak bertepatan dengan syarak. Amalan-amalan yang dimaksudkan ini adalah seperti qunut Subuh, zikir berjemaah selepas solat, tahlil, sambutan Nisfu Syaaban, sambutan maulid Rasul S.A.W. dan sebagainya lagi sentiasa dihentam hebat oleh golongan tersebut. Keadaan ini mengundang pelbagai kesan negatif dan berlaku bibit-bibit perpecahan di kalangan umat Islam di atas tindakan mereka yang tidak memahami Fiqh al-Waqi (kefahaman keadaan semasa). Diperbahaskan persoalan-persoalan khilafiyyah yang begitu sarat dengan perselisihan ulama di hadapan masyarakat awam, bahkan ada di antara mereka yang begitu berani mengatakan bidaah, sesat dan kufur hanya sekadar tidak sependapat dengan pandangannya.

Berkata Imam Abu Muhammad Abdullah Qutaibah:

Perbuatan membidaah (pendapat orang lain yang masih bersandarkan hujjah) di dalam agama Allah Taala adalah bidaah!

(Kitab: al-Ikhtilaf Fi al-Lafzi Wa al-Rad Ala al-Jahmiyyah Wa al-Musyabbihah).

Diperbesarkan juga persoalan-persoalan khilafiyyah fiqh dan aqidah sehingga umat Islam terus leka dengan isu-isu ini sampaikan terlupa isu-isu besar yang sedang dihadapi oleh Islam. Musuh-musuh Islam sememangnya menantikan keadaan seperti ini bagi menghancurkan kekuatan umat Islam yang kian rapuh dari sehari ke sehari. Pada saya, golongan yang suka berbahas dan berdebat isu-isu khilafiyyah ini mungkin terpedaya dengan mainan dan suntikkan jarum-jarum syaitan.

Berkata Imam Abi Faraj al-Jauzi ketikamana menegaskan dan menerangkan di antara bentuk mainan syaitan ialah:

Sibuk atau banyak berbahas dan berdebat dengan sangkaan untuk membetulkan dalil hukum serta pengistinbatan syarak yang halus di antara mazhab-mazhab.

(Kitab: Talbis Iblis).

Sila rujuk link ini untuk maklumat tambahan:

http://buluh.iluvislam.com/?p=6

Saya tidak pasti apakah faedah dan manfaatnya bagi golongan yang sibuk dengan perbahasan isu-isu khilafiyyah ini. Untuk mendapat publisiti murahan? Untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai ilmu? Untuk mengatakan orang lain salah dan mereka sahaja yang betul? Persoalan-persoalan ini cuma andaian saya sahaja. Mungkin salah dan mungkin juga betul. Bukanlah saya bermaksud untuk mengatakan tidak boleh membahaskan terus perkara-perkara yang berkaitan dengan khilaf para ulama, namun maksud yang saya ingin sampaikan ialah perbahasan ini tidak kena pada tempatnya. Jika mereka benar-benar inginkan perbahasan seumpama ini, silalah belajar ilmu agama secara bersungguh-sungguh mengikut urutan dan disiplin tanpa mengenal erti penat dan jemu daripada lidah-lidah alim ulama. Bila sudah sampai masanya maka perbahaskanlah perselisihan para ulama ini dengan ilmu dan akhlak yang terpuji. Masalahnya sekarang ini ialah sesetengah umat Islam terutamanya golongan remaja yang inginkan ilmu agama secara jalan pintas lantas mereka menjadikan buku-buku sebagai guru.

Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:

Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd).


MENGUTAMAKAN PERPADUAN DAN KESATUAN


Pada pendapat saya, perpaduan dan kesatuan umat Islam adalah lebih utama dan dilihat sebagai kefardhuan berbanding dengan isu-isu khilafiyyah. Isu-isu khilafiyyah pula kebanyakkannya hanyalah berlegar di sekitar perkara-perkara sunat dan makruh mengikut pandangan seseorang ulama itu. Jadi bagaimanakah kita hendak menghadapi perkara-perkara khilaf ini? Perkara ini selalu saya ulangi pada setiap kali tulisan saya yang terdapat khilaf di antara para ulama. Namun masih ada segelintir golongan masih tidak berlapang dada atau menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka. Jadi di sini saya akan mengingatkan semula perkara ini agar kesatuan dan keharmonian umat Islam terus terjaga.

Berkata Imam Jalaluddin al-Sayuti sepertimana Kaedah Fiqhiyyah berikut:

Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.

(Kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada sesiapa sahaja yang memilih salah satu pendapat di dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu (Fiqh al-Waqi). Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.

Zaman sekarang adalah zaman perpaduan dan kesatuan, bukan zaman perpecahan dan pergaduhan. Zaman sekarang adalah zaman persaudaraan dan persepakatan, bukan zaman pergaduhan dan persengketaan. Bagaimanakah umat Islam akan berjaya melawan musuh-musuh Islam jikalau kita lemah? Usaha untuk memecahbelahkan perpaduan dan kesatuan umat Islam sebenarnya adalah rancangan jahat golongan kuffar terutamanya Yahudi dan Nasrani. Umat Islam yang sayangkan agama Islam mestilah sedar dan tidak leka daripada segala bentuk mainan dan tektik kotor mereka. Jika kita yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan persengketaan di kalangan umat Islam maka kitalah agen-egen kuffar!


KESIMPULAN

Terlalu sibuk dengan perbahasan dan perdebatan isu-isu khilafiyyah bukanlah suatu tindakan yang bijak bagi umat Islam pada waktu kini. Tindakan ini lebih menjurus kepada perpecahan dan pergaduhan hasil daripada mainan licik syaitan dan rancangan kotor kuffar. Pendebatan yang tidak mendatangkan manfaat dan kredit terhadap umat Islam adalah suatu penyakit yang boleh membawa kerosakkan kepada Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tiada Allah Taala menyesatkan sesuatu kaum setelah diberikan hidayah melainkan Dia akan mendatangkan penyakit suka berdebat.

(Riwayat Ahmad dan Tarmizi).

Para mufti, alim ulama, para pendakwah dan ustaz-ustaz yang sepatutnya boleh memberikan tumpuan yang lebih serius terhadap perkara yang lebih besar sekitar masalah-masalah umat terpaksa menghabiskan masa yang banyak semata-mata untuk menerangkan isu-isu khilafiyyah ini kapada masyarakat Islam. Saya melihat keadaan ini amatlah merugikan ruang masa dan tenaga para ilmuan tersebut. Pada akhirnya, saya amat berharap semoga kita sama-sama menjadi umat Islam yang memahami isu ini dengan sebaiknya. InsyaAllah.

Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:

Sesungguhnya jika Allah Taala mengkehendaki sesuatu umat akan kejahatan maka Dia akan menurunkan penyakit suka berdebat yang menyebabkan mereka tidak bekerja. Dimaksudkan di sini adalah pendebatan yang hanya membincangkan permasalahan-permasalahan sejarah lampau, kajian yang beku ataupun maslah khilafiyyah yang terjadi secara tabiatnya.

(Kitab: Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah).



Ustaz Buluh* adalah nama pena bagi Ustaz Muhammad Rashidi Abdul Wahab. Beliau merupakan salah seorang moderator agama iluvislam.com. Lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin & Dakwah.

Mereka Bukan Halangan

Sebahagian daripada kita ada yang menghadapi masalah dalam mendapatkan keizinan ibu bapa masing-masing untuk terlibat dengan program-program da’wah dan tarbiyah. Sehingga timbullah perselisihan dan sebagainya.


Hal ini terjadi mungkin kerana ketidakfahaman ibu bapa kita tentang hakikat da’wah yang sebenarnya, atau khuatir kalau-kalau anaknya terjerumus dan terlibat dengan perkara-perkara negatif yang semakin berleluasa di luar sana.

Apabila kita terlalu asyik berprogram sehingga mengabaikan keluarga, tidak hairanlah perasaan takut dan khuatir dalam diri ibu bapa kita akan timbul. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang belum memahami hakikat da’wah, tujuan-tujuannya, dan juga manhaj dalam tarbiyah itu sendiri.

Ingatlah : “Barangsiapa tidak mengerti sesuatu maka ia memusuhinya.”

Jika seorang anak taat pada kedua orang tuanya, perilakunya mencerminkan akhlak yang tinggi, mengekalkan pencapaian yang membanggakan dalam pelajaran, mempunyai hubungan yang baik sesama adik beradik, dan tidak pulang lewat tanpa sebab, sudah pasti ibu bapa kita akan mengizinkan semua permintaan kita yang sebelumnya tidak dibenarkan.

Malah adalah lebih baik jika ibu bapa kita mengenali siapa kenalan kita terutamanya sahabat-sahabat seperjuangan kita. Inilah jalan untuk mencapai tujuan dan meraih kepercayaan.

Kita sering menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. menghadapi keburukan dengan kebaikan, menghadapi segala cubaan dengan ketenangan jiwa, serta menghadapi segala rintangan dan gangguan dengan pemberian maaf dan do’a : “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku ini, sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengetahui.”

Kebanyakan orang-orang yang tidak peduli kepada da’wah kita adalah orang-orang yang tidak mengenal hakikat da’wah ini. Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan, “Ketidaktahuan masyarakat akan menjadi penghalang jalan kalian. Oleh kerana itu, tugas kita yang paling mulia adalah menjadikan masyarakat mengenal hakikat da’wah kita, kerana kebersamaan mereka dengan kita adalah lebih baik.”

Allah swt. Berfirman : “Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa, tentulah kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Maidah: 65)

Saturday, December 12, 2009

kempen kesedaran

asalamualaikum....kalau anda adalah seorg wanita sila layari laman web ini...http://fcbiosanitarypad.cyberbisnes.com/ anda akan pasti sedar yg selama ini anda telah membuat pilihan yg salah...jika anda ada lah seorang lelaki sila beritahu kawan,adik,akak atau keluarga awak...

Thursday, December 10, 2009

Apakah Dia Kunci-Kunci Syurga Itu?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.

Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Dan apakah fungsi Al-Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.

Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.

Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!"

"Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?"

"Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?"

"Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!"

"Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


(Di petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah)

Wasiat Terakhir

Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.

Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW dengan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."

Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas merea untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.

Senyuman Rasulullah Banyak Bantu Misi Dakwah

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.


Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"

Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:

“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

Aku Menunggumu


Isi Hati Sang Ikhwah


Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.



Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.



"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

Keluhan Seorang Pendakwah

Letih. Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.



Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

Solat dan Kita

Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).


Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:


Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.



dipetik dari iLuvislam.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails