Tuesday, March 30, 2010

HAti yg terguris

semua manusia mengelilingi ku.....aku tidak bisa menegur kesalahan mereka,aku tak sangup perbuatan yg membuat aku turut masuk ke neraka....apa kah ini semua dugaan yg telah ditetapkan oleh ALLAH,wahai sahabat mari kita mencegah kemungkaran dan marilah kita menjaga aurat jgn biarnya terdedah hanya kerana cinta?

Monday, March 29, 2010

bila lah nak hari jumaat ni??

aku dah tak sabar ni.....bila ni....aku nak rasa kelasakan yg dah lama aku tinggal kan....aku harap sesangat pelatih yg jaga tu dia garang dan amik serius dalam displin...kalau dia ada...semua yg aku nak....aku nak jadikan dia idola aku sampai aku menjadi seorang polis kalau blh jadi seorang polis dari unit terpenting...mari kita gemparkan dunia...

Sunday, March 28, 2010

yahooo 2

hahaha...min kau kalah...bendahara no 2 temenggung dgn laksamana no 1...yahoo!!! aku harap masa sukan tara temenggung akan lagi menyerlah....kepada ahli temenggung do the best and make the world believe that you can do it...

Taekwando

waduh,sakitnya kaki....aku lama 4 org dah sampai lebam lebam kaki....kepada priya...aku minta maaf bnyk bnyk....aku bukan sebenarnya nak belasah kau btl btl...dan aku tk suka ar nak sentuh sentuh pompuan ni...lg lg lg bukan muhrim aku...aku harap ALLAh ampunkan dosa hamba ini...ini semua salah sir lah...laki mana blh lawan pompuan...bahaya!!...ini semua salah sir!! tapi mula mula aku lawan dgn syukri allen baru je nak mula...dia dah krem dah...bosan terpaksa tgk org lawan je...sampai turn ke 2 sampai akhir baru best....yahoo walaupun kaki aku lebam tapi aku mampu lawan...



p/s..mcm nak merentas desa kalau kaki dah lebam?

yahooo!!!!

aku masih tak percaya lagi sampai skrg....mcm mana aku blh menang sajak? sedangkan aku punya sajak mana ada sedap....ada tujuh org yg sama dgn aku...tahniah kepada syukir allen sbb dpt menjadi johan dlm pertandingan sajak...walau bagaimana pun aku tetap tk puas hati...mcm mana blh menang...hurm,aku rasa aiman patut menang...hurm..

walaubagaimana pun....matlamat aku dah tercapai nak menang dlm pertandingan sajak...walaupun no 2....asalkan aku memang...hehehe...tapi aku nak tahu mcm mana aku blh menang? adakah sbb suara aku lantang? atau lain?


ok ar...asalamualaikum...

Saturday, March 20, 2010

petua...

asalamualaikum kepada semua kawan atau pakcik atau makcik atau anak dara atau lelaki atau sesapa lah...

petua yg amat mudah untuk tidak berlaku perkara yg pakcik makcik tak nak terjadi iaitu cerai berai...

petuanya satu je....iaitu bg yg lelaki jgn dengar perempuan mengadu selain dari keluarga atau isteri....yg perempuan jgn dgr rintihan org lelaki supaya si suami tido mengesyaki isteri curang...

ini petua aku amik dari.....semanis kurma....

aku mengakhiri dgn 2 rangkap pantun iaitu...jln jln tersepak batu....setialah pada yg satu...

tinggal 2 hari je?

asalamualaikum....

alamak!!!

bnyk nya kerj sekolah cikgu bg....abislah aku,...aku harap kerja tk bertimbun...tapi yg aku tk sabar....nak pegang PA punya barang....rindu sesangat lebih dari apa yg ada...


ok ar out...

Wednesday, March 17, 2010

Hawa:Aurat Atau Bukan?

Mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita meletakkan bahawa suara wanita, muka dan tangannya adalah bukan aurat.

Baru-baru ini isu niqab (cadur) timbul apabila Sheikhul Azhar Sheikh Muhammad Tantawi meminta para siswi Al-Azhar agar melepaskan niqab. Walaupun ada pandangan mazhab lain mengatakan suara dan seluruh badan wanita adalah aurat namun yang jelas Mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita meletakkan bahawa suara wanita, muka dan tangannya adalah bukan aurat.

Dan yang jelas lagi, tidak ada dalil Al-Quran serta hadis mengatakan bahawa suara dan muka wanita serta tangannya itu aurat sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apakah mereka sedar bahawa Allah S.W.T membenarkan para sahabat berkomunikasi dan bercakap-cakap dengan mereka (isteri Nabi) di sebalik tirai sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Bertanyalah kepada mereka dari belakang tabir yang demikian itu lebih bersih bagi hati kamu dan mereka juga.
(Al-Ahzab: 32 dan 53)

Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka tidak halal badannya terdedah selain muka dan tangannya sahaja."

Hakikat ini menggambarkan sebagaimana apa yang berlaku terhadap Asma binti Abu Bakar apabila Asma datang berjumpa Nabi SAW dengan pakaian jarang dan nipis. Baginda berpaling daripadanya lalu bersabda yang bermaksud:

Wahai Asma, seorang wanita apabila sudah baligh, tidak elok lagi badan (tubuhnya) kelihatan selain muka dan tangannya sahaja.
(Riwayat Abu Daud)



Demikian juga kaum wanita itu disuruh melabuhkan (tutupkan) atas lubang tengkuknya sahaja bukan bermaksud tutup atas muka mereka. Kata Syaikh Yusuf al-Qardawi, pendapat Ibnu Abbas lebih kuat dan masyhur pada pandangan jumhur (kebanyakan) ulama, kerana katanya, banyak ayat dan hadis yang mengarahkan kaum lelaki daripada umat Islam menyekat atau menutup pandangan mata mereka, sama juga dengan kaum wanita disuruh merendahkan pandangan mata mereka.

Jika muka dan aurat wanita sudah tertutup kemas di depan mereka maka pastilah arahan tersebut menjadi sia-sia dan percuma tanpa sebarang makna dan tujuan. Pada prinsipnya suara, muka dan tangan wanita bukanlah termasuk aurat. Sekiranya perkara tersebut memang merupakan aurat, maka sukarlah bagi kaum wanita dan tentunya taklif atau beban syariat yang dikenakan kepada mereka bersifat usr iaitu sangat sukar.

Ini bercanggah dengan prinsip agama Islam bahawa Ad-Dinu Yusr, iaitu agama itu mudah, sedangkan kaum wanita juga merupakan 'makhluk sosial' yang berhajat untuk berkomunikasi dengan sesama insan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik(sesuai dan sopan).
(Surah al-Ahzab: 32)

Allah tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu. Allah melarang kaum wanita untuk melembutkan suara dan mendedah kecantikan mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergugat keimanannya dan menimbulkan berahinya.

Dengan demikian, pada prinsip suara, muka dan tangan wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihat atau didengarkan. Dahulu para sahabat daripada golongan lelaki dan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah SAW tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki dan wanita yang hadir daripada sahabat-sahabat baginda. Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin.

Rasulullah SAW pernah didatangi seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh Rasulullah SAW dan membiarkan Rasulullah memerhatikan dirinya dari atas ke bawah, tetapi setelah tidak ada sambutan yang memberangsangkan, maka dia pun terus duduk di situ, lalu berkatalah salah seorang daripada kalangan sahabat: "Kahwinkanlah wanita ini dengan saya".

Maka Rasulullah SAW terus mengahwinkan wanita tersebut dengan lelaki yang berminat kepadanya itu.

Ini semua bukti melihat kepada muka wanita itu adalah harus dan bukan aurat. Menurut Al-Qurtubi, suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat. Demikian juga sebaliknya mereka dibolehkan membuka muka dan tangannya kerana tujuan tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki.

Ia kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya. Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati (warak), dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan 'azan' kecuali untuk jemaah wanita sahaja.

Di dalam syariat fikah, apabila seorang wanita ingin menegur kesilapan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah, maka ia tidak boleh menegur dengan membaca 'tasbih' sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki, tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara dan perhiasan mereka, bukan bermakna suaranya dan perhiasan yang zahir merupakan aurat.

Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan. Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah. Sama juga membunyikan perhiasan yang tersembunyi di kakinya.

Jika perkara tersebut dikatakan aurat, kenapa Rasulullah SAW sendiri pernah mengizinkan isteri baginda melihat pertunjukan dua orang lelaki Habsyi bermain pedang di pekarangan masjid dan mendengar dua wanita bernyanyi di rumahnya.

Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a, katanya, Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua orang gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu'ats. Ku lihat Rasulullah SAW berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku.

Katanya, "Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?''

Mendengar seruan itu, Nabi SAW menghadapkan muka baginda kepada Abu Bakar dan berkata:

"Biarkanlah kedua-duanya, wahai Abu Bakar".

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi, daripada Buraidah, menyebut:

Suatu hari Rasulullah SAW pergi untuk menghadapi suatu peperangan. Setelah baginda pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata,

"Ya Rasulullah, aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan".

Mendengar hal itu, Rasulullah SAW bersabda:

"Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak, maka jangan lakukan".

Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita dan perhiasan yang zahir daripadanya bukan aurat. Rasulullah SAW juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita seperti mana ketika menerima bai'at daripada kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan dari segi syarak, baginda tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca qasidah atau syair.

Jika suara wanita itu dianggap aurat, sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.
Keterangan ayat al-Quran dan hadis, ditambah dengan kisah-kisah yang dapat dijadikan teladan pada zaman Rasulullah SAW dahulu seharusnya membuka mata fikir kita untuk tidak terus 'menzalimi dan menghukumi' wanita secara sewenang-wenangnya.

Membawa Kebenaran Itu Memang Payah

Membawa kebenaran itu memang payah
Namun...
Jika hati itu telah menjadi milik Allah
Maka tiada lagi kegundahan jiwa.

Bukan mudah...
Yang penting walau apa pun persepsi manusia
Selagi Al-Quran dan As-Sunnah menjadi benteng kehidupan,
Juga...
Solat lima waktu ditegakkan dengan penuh kehambaan

Pasti...
Pasti akan Allah s.w.t. tunjukkan jalan.
Ambillah insan...
Pengalaman hidup yang dilalui sebagai pengajaran

Namun...
Kesedaran yang Allah ilhamkan
Mampu menggoncangkan hati dan iman

Sungguh...
Bukan mata yang buta tapi hati di dada
Beruzlahlah kelak kan kau temui hikmah
Bersabarlah sesungguhnya itu adalah tarbiyah Allah

Bersihkanlah....
Segala persepsi yang membelenggu dirimu
Aku hanya berpesan
Untuk sama seiring sejalan menuju Tuhan

Yakinlah...
Sungguh Allah itu dekat
Mengapa tidak kau rasainya

Apakah manusia telah lupa?
Setelah ia merasakan kecukupan dalam kehidupan
Ia sombong pada Tuhan...
Ia lupa...
Siapa yang membukakan matanya selama ini?
Siapa yang memberikan rezekinya selama ini?
Siapa?
Kalau bukan Tuhan...
Tapi kenapa manusia lupa...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang bertakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahat Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa,4:135)

"Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang menerima peringatan." (Al-An'am,6:126)

JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU

Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

KurniaanNya Amat Luas

Kisah mengenai Ibrahim Adham. Suatu hari,dia sedang berburu dan apabila dia penat dia duduk sambil memotong roti yang dibawanya.Tiba-tiba hinggap seekor burung sebesar buruk gagak di depannya mematuk potong roti dan membawa terbang.

Ibrahim berasa hairan dengan kejadian itu dan serta-merta mengikuti burung itu sehingga ke sebuah lereng gunung. Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yang menimpanya.

''Saya adalah pedagang yang dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari. Dengan demikian tahulah bahawa ALLAH s.w.t. tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan'', katanya.

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya ke jalan ALLAH s.w.t. dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke Kota Makkah dan bersyukur kepada ALLAH s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”. -Riwayat Muslim.

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata".
(surah As-syura ayat 27)

Ajaran agama jgn kau permainkan

aku sudah fed up dgn semua ini.mereka hanya mempermainkan ajaran agama.adakah mereka tidak tahu bahawa ajaran agama ISLAMadalah yg sebenar benarnya...

Ya ALLAH,
bukakanlah pintu hati mereka supaya mereka memahami isi kandungan mengenai ISLAM.sucikan hati mereka dgn ayat ayat AL-Quran..pastikanlah kamin dan mereka sentiasa membaca Al-Quran..kerana kami mahu Al-Quran menjadi panduan kami ke arah mu YA ALLAH...

di manakah kau bila aku memerlukan?

SeLamA iNi Aku ingat aku hanya mengalami kesusahan keseorangan dan aku hanya fikir "ini semua ujian ALLAH" erm...tapi di manakah ALLAH berada? aku terfikir fikir tapi yang aku pasti aku hanya sekuman kumannya di mata tuhan...walaubagaimanapun aku tetap berasa bangga kerana ALLAH sering menguji hambanya...walau apa apa pun aku patut bersyukur sangat sbb bila aku bersedih...ALLAH menemani aku bila aku gembira ALLAH bersama aku...aku bersyukur sangat..suatu hari nanti pasti kita akan ketemu jua dgn maha pencipta kita..iaitu..ALLAH

Friday, March 5, 2010

siapakah aku di mata mu tuhan?

ya ALLAh,siapakah aku di mata mu,
ya ALLAH,adakah aku hanya manusia yg hina dipandang oleh mu,
ya ALLAH,apakah aku ini manusia yg kau sayangi

ya ALLAH,sesungguhnya aku sering melakukan dosa,
apakah segala kesalahan aku selama ini diampunkan?
adakah aku akan hanyut dlm duniawi ini,

lindungilah kami,
permudahkan lah urusan kami
sucikan kami dgn ayat al Quran

AYAH DAN IBU KAU DIMANA BILA KAMI MEMERLUKAN MU..

ayah dan ibu
jgn kau mencari harta untuk kami sedangkan kami hanyut di dunia teknologi serba canggih
jgn kau biar kan kami di dlm dunia seba mewah,
bimbing kami ke arah kejayaan

ayah dan ibu,
tolong kami kembalikan semangat yg telah lama hilang,
tolong bimbing kami ke arah ALLAH,
tolong jadi kan kami manusia yg berguna,
bimbingkan kami ke arah kejayaan dan kebenaran..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails