asalamualaikum..sungguh gembira aku hari ni,kak yang angap seperti kakak aku sendiri datang melawat aku..sungguh gembira lah...dia makin cantik (jgn jeles)..hehehe..aku ingat dia tak ingat aku..rupanya ingat aku...alangkah bagusnya jika aku ada kakak seperti dia...dialah kakak yang paling baik dan tak pernah gedik,ambil kesempatan dan dia hampir sama mcm aku dari segi perangai..rupa rupanya dia datang nak ucapkan selamat tinggal..huhu dia nak pergi balik kolej dia..huhuhu...aku harap aku dapat belanja dia,sembang dgn dia lama...mcm mcm lagi aku nak buat sama dgn dia...kalau blh aku nak khawin dgn dia jugak...heheheh...tak delah...dia dengan aku jarak 5 tahun..lagi pun hajat aku masih tak sampai...iaitu menjadi seorang polis.....
ok lah aku nak pergi dulu...bye
asalamualaikum...
Friday, April 30, 2010
Tuesday, April 20, 2010
pertandingan takraw tinggal berapa hari?
asalamualaikum...aku tak tau lah bila cikgu nak train kitaorg..yg aku tak suka,bila aku yg nak kena uruskan pemilihan org dan aku nak kena uruskan dalam mencari org...argh!! dah 2 minggu dah...kitaorg asyik kena train..tapikan budak kelas belakang dgn team sulaiman asyik main je...bila kitaorg nak dpt latihan yg sempurna...
akhirnya aku amik keputusan untuk memilih sesiapa yang datang setiap kali latihan...akhirnya dah dapt 5 org...aku,muhaimin, dan beberapa org kelas al farabi...aku harap perlawanan takraw pada tahun ini akan menang...sbb ini pengalaman kami mewakili sekolah dalam acara pertandingan takraw...
mohon maaf kepada sesiapa yang aku telah tolak beberapa org yang nak sangaty masuk...tapi cikgu fazidah dah tetapkan 4 kelas teratas sahaja yang boleh memasuki pertandingan kali ni..
asalamualaikum,

Saturday, April 10, 2010
Cinta Illahi
Tidurku tanpa teman,
Malamku tak berbintang,
Lena mengusik kedamaian malam,
Keheningan, kedamaian
kurniaan dariMu Ya Allah,
Bukti KebesaranMu Ya Rabbi,
Tunduk tafakurku hanya untukMu,
Tidurku kini bteman,
Dengan nikmati cintaMu YaRABBI,
Terasa kerdil dihati ini,
Mendambakan cintaMu,Ya Rahman
Cinta sejati
CintaMu YaAllah,
Cinta suci
CintaMu YaRahim,
CintaMu takkan ku sia-siakan,
Bahkan hanya itu yang ku perlukan…
Semoga hambamu ini,
Sentiasa berada dibawah naunganMu,
Tuhan yang mentadbir sekalian alam…
Malamku tak berbintang,
Lena mengusik kedamaian malam,
Keheningan, kedamaian
kurniaan dariMu Ya Allah,
Bukti KebesaranMu Ya Rabbi,
Tunduk tafakurku hanya untukMu,
Tidurku kini bteman,
Dengan nikmati cintaMu YaRABBI,
Terasa kerdil dihati ini,
Mendambakan cintaMu,Ya Rahman
Cinta sejati
CintaMu YaAllah,
Cinta suci
CintaMu YaRahim,
CintaMu takkan ku sia-siakan,
Bahkan hanya itu yang ku perlukan…
Semoga hambamu ini,
Sentiasa berada dibawah naunganMu,
Tuhan yang mentadbir sekalian alam…
TANDA-TANDA ORANG BERBOHONG
Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.
Menyentuh hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila seseorang bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.
Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Monday, April 5, 2010
camp at ALANG SEDAYU
asalamualaikum,
perasan yg sedih dah sehari aku meniggalkan alang sedayu bersama kawan kawan ku,pada 2.4.2010 aku telah berangkat dari sekolah pada pukul 4 petang.semasa dlm perjalanan aku dpt rasakan keseronokan sbb aku dah lama tk buat aktiviti yg adventure,pada pukul 5 ptg...aku telah sampai di tempat itu,aku dikelilingi hutan dan org yg tidak ku kenali.aku telah menetapkan azam aku mahu menjalankan semua aktivit yg akan ada dgn sempurna dan aku mahu terlibat bersama..sesi taklimat telah diberi dan selepas kami mengerjakan solat,kami terus terus ke aktiviti yg di namakan aktiviti suai kenal,ohh ye,nama jurulatih yg berada disitu ada 2 org pada mulanya..cikgu jinggo dan cikgu mario...aku telah menjalankan semua aktiviti yg telah diarahkan oleh cikgu..pada pendapat aku..aktiviti yg telah ditetapkan itu membantu aku menyedari bahawa kerja berkumpulan amat penting dlm sesuatu kumpulan..pada malamnya..kami telah bertemu dgn seorang cikgu lg iaitu cikgu wan...aku amat suka pada cikgu wan walaupun pada mulanya aku rasa mcm cikgu ni kurang mesra dgn org tapi aku suka dgn dia sbb dia seorang yg tegas,berdisplin dan suka menepati masa..
pada keesokan harinya,aku telah diajar tarian poco poco dgn duyung...aku amat suka tarian ini..sbb rasa badan sihat..pada waktu pagi...kami telah diberi satu permainan iaitu permainan berkerjasama dlm satu pasukan...pada belah petang kami telah diikat kan mata dan kami telah bermain pemainan yg dinamakan kembara si buta..ia agak permainan yg memerlukan kepercayaan kepada diri sendiri dan harus bertanggungjawab dlm semua aspek..pada sebelah malam pula,satu aktiviti yg telah membuat aku sedar akan satu pasukan tidak patut hilang atau tersingkir..jadi aku dgn rela hati dan sukarelawan telah menawarkan diri aku untuk disingkirkan..aku rasa aku amat patut disingkirkan kerana aku adalah manusia yg menyusahkan org dan membuat aku ambil keputusan untuk menarik diri dahulu..satu benda yg aku tidak jangka bahawa cikgu yg berada disitu telah membantu aku untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan aku..iaitu cikgu mariam,aku amat berbangga kerana aku ingat tiada org yg mempercayai aku,'cikgu saya berjanji akan membuktikan diri saya amat berguna jua kepada masyarakat..
pada hari keesokkannya,aku merasakan amat sedih kerana aku akan meninggalkan kem ini dgn begitu cepat..erm..aku harap dpt tinggal lama disana..tpi aku terpaksa..sampai sini sahaja lah cerita yg dpt aku sampai kan...cikgu jinggo dan cikgu mario tk akan aku lupakan bahawa cikgu telah mengajar saya erti leader yg baik..terima kasih cikgu..

Thursday, April 1, 2010
Siapa Aku Di Depan Tuhanku?
SUBUHNYA...
Dimana ku berada,
Masih enak di dalam kelambu rindu,
Sambil berfoya-foya dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa ku semakin dihujung waktu,
Siapa aku didepan TUHANKU?
ZOHORNYA...
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku terlupa betapa besar kerugian,
Jika kumenggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku didepan TUHANKU?
ASARNYA...
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopi,
Terlalu panas tak dihujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Siapa aku di depan TUHANKU?
MAGHRIBNYA...
Aku melihat warna malam,
Tapi aku masih berlegar disebalik tabirnya,
Mencari sisa-sisa keseronokan,
Tidak terasa ruang masa yang singkat,
Jalan yang bertingkat-tingkat,
Siapa aku di depan TUHANKU?
ISYA'NYA...
Kerana masanya yang panjang,
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan mengganguku,
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
Bercumbu-cumbu dengan waktuku,
Siapa aku di depan TUHANKU?
Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila ku melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan Masjid sepi,
Kerana dihujung hidup ada mati,
Bagaimana jenazah dibawa solat disini,
Jika ruangku dibiar kosong,
Jika wajahku menjadi asing,
Pada mentari dan bintang-bintang...

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur
Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"
SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

Subscribe to:
Posts (Atom)