Saturday, November 27, 2010

ISLAM memang cukup indah

org selalu bertanya adakah kita ni menghayati ISLAM? jawapan dia "erm...entahlah aku pun tk pasti" jawapan ini memang tidak rasional diberi oleh penganut agama ISLAM sendiri..first kenapa dianggap agama ISLAM cukup indah kerana ISLAM tidak pernah memaksa untuk manusia memilihnya tapi sayang..sekarang sudah ramai org ISLAM tapi berperangai bukan orang ISLAM

kedua adalah ajaran agama ISLAM cukup sempurna..kerana ALLAH S.W.T telah memberi segala maklumat kepada kita melalui kitab sucinya iaitu Al-QURAN sebagai contoh..ubat yang paling mujarab sekali adalah AL-Quran dan madu lebah.

ketiga,agama ISLAM merupakan agama yang paling ramai manusia ikut..tetapi sayangnya..ada manusia hanya ISLAM di atas nama dan ICnya sahaja..tidak mempunyai sifat yang menunjukkan dia ISLAM sebagai contoh dia meninggalkan sembahyang..adakah itu dikira ISLAM? tidak kerna dalam RUKUN ISLAM ada menyatakan solat lima waktu sehari semalam


sebenarnya ada banyak lagi alasan yang mengatakan ISLAM memang indah..tapi saya hanya dapat menceritakan sedikit sahaja..WAHAI SAHABAT ATAU TEMAN ATAU SEDARA SAUDARI SEKALIAN..jgnlah kita ISLAM sekdar diatas nama atau sekdar di dalam IC..apakah itu sebenarnya agama kita? adakah kita mahu jadi begitu?


fikirlah,renungkanlah,perlihatkanlah,bayangkanlah setiap persoalan tersebut

Friday, November 19, 2010

Teguran Itu Penting

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh


http://3.bp.blogspot.com/_WXdDL1OOkUA/TJi6yza5xdI/AAAAAAAAAAc/zSfC6SDU5v8/s320/IMG_0594.JPG

Jerash, Jordan



Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.



Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.



Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".



Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.



Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sunday, November 14, 2010

Perasaan di Maktab tentera Diraja selama 6 hari

wahh!!! rasa nak patah blk je masa...perasaan bila berada di sana tidak dpt digambarkan...aku tak percaya bila aku dpt lari 2.4 km dlm masa 9.75...selama seminggu aku latih pun aku tk dpt lari secepat tu...tapi bersyukurlah..kemudian ada ujian IQ..hampir separuh sahaja yang aku jawab yakin..selebihnya tak beberapa yakin..tetapi kemudian aku berjaya jugak...akhirnya aku terpilih untuk temuduga terakhir..yes!!


pada hari pertama di sana...aku rasa nasi yang dia bg terlalu banyak sehingga kan ramai org tk abis makan...tapi masa berada di sana semua padat..aku memang suka bila masa padat..

pada hari kedua,aku diuji buat tekan tubi,mendagu dan duduk tubi...perhh!! aku tk blh buat bnyak...huhuhu...aku hanya mampu buat tekan tubi 38 dalam masa seminit..mendagu 3 je!!! sbb dia ajar cara yang agak susah...kemudian duduk tubi hanya 33 je dalam masa 1 minit..

pada hari terakhir,aku berasa susah sangat nak berpisah dgn teman sebilik aku dan pengalaman aku selama berada di sana semakin bertambah...tapi pada hari terakhir jugak..aku berasa sedih sbb temuduga dia pertama tanya dalam bahasa melayu dan inggeris..aku tak lps yang bahasa inggeris..aku manalah fasih ckp bahasa inggeris..huhuhu...

walaubagaimanapun...pengalaman berada di MTD amat pahit sekali sbb ada satu ujian yang amat menakutkan...hahahaha...tak mau cite tapi pengalamannya memang hebat...

oklah setakat ini sahaja yang aku dpt cerita kan...nanti pada 2 disember ini untuk ujian MRSM pulak...harap harap dapat tambah lagi pengalaman...amin...

asalamualaikum!!

Thursday, November 4, 2010

Bagaimanakah hendak menyelesaikan masalah ini? sedangkan aku insan yang lemah

aku serba salah apabila memandang kelakuan sahabat-sahabat rapat aku.aku rasa nak tegur tetapi hakikatnya aku tidak berani seperti saidina Umar Al-Khattab.aku sedar siapa aku walaupun aku ini seorang yang lemah tetapi tanggungjawab masih harus aku pikul kerana aku juga seorang hamba ALLAh.setiap kali dia melakukannya..hanya aku mampu mengelakkan diri daripada memandangnya..aku terasa sungguh bersalah pada diri sendiri apabila mereka melakukan kesalahan tersebut..aku cuba fikir sejenak.tiada cara lain ke unutk aku menyelesaikan masalah ini? aku cuba cari walaupun terpaksa buku Ilmiah..tapi tiada jawapan bg soalan aku..yang hanya aku mampu hanya benci melalui hati..aku sedar seorang Islam bukan hanya menjaga hal masing masing kerana itu bukan amalan yang diamalkan oleh para sahabat RASULULLAH..RASULULLAH sentiasa menjaga masyarakatnya tidak ada yang dipinggirkan..kini aku mula mencari jalan unutk cuba menyelesaikan masalah..andai masalah itu dpt diselesaikan..aku berasa sungguh lega kerana tanggungjawab yang aku pikul dpt aku selesaikan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails