Tuesday, December 28, 2010

Hati dan Akal Bicara Cinta

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Monday, December 27, 2010

Di sini LuAhAn hAtI

kegembiraan dpt diungkap apabila kejayaan dpt kita perolehi..mungkin ramai yang menganggap muka kita mengambarkan emosi kita yang sebenar..tapi sebenarnya tidak...sungguh cemburu aku kepada kawan aku..kenapa aku tk dpt ikut jejak langkah mereka? masihkah aku ada peluang untuk aku tewaskan mereka?

aku berani berkata YE!!! dan aku akan pastikan ye!! sbb aku sudah tidak dpt mengenggam 8A tapi aku tetap bersyukur,skrg akan ku siapkan segala persiapan senjata untuk ku pastikan dpt straight A in SPM kelak...

Sunday, December 12, 2010

yang mana satu?

asalamualaikum..aku rasa sungguh mabuk sesangat minggu saat genting ni..nak tau kenapa? sbb semua aku dah gi amik ujian kecuali sbb dgn teknik..tapi sekolah teknik..aku dah lps...dia suruh lapor diri 4-7 haribulan januari...tapi mcm mana dgn yang lain? MTD?SBP?MRSM? mak aku masuk ni...ayah aku pulak suruh masuk ni...rasa tak cukup tido btl sampailah dpt result nanti..tak sabar sabar nak tgk hasil usaha titik peluh aku... harap harap 8A..amin ya rabbal alamin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails