Wednesday, December 19, 2012

BEKERJA???

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA, "TUAN, SAYA MINTA KELUAR SEBENTAR" pekerja berkata "NAK PERGI MANA???"boss berkata "ASAR DAH MASUK. JOM SOLAT"pekerja berkata "ARR...SAYA CUTI.AWAK PERGILAH SORANG."boss berkata "CUTI??? LELAKI MANA ADA CUTI TUAN...LAGIPUN"pekerja berkata "TAK PE TAK PE...NANTI AKU PERGILAH...KAU PERGI DULU"boss berkata ai, realiti hidup sekarang, agama jadi nombor last sekali kadang kadang tak ada dalam rangking pun...tahu tak ada seorang sahabar nabi pernah melalui sebuah pasar..dan apabila masuk waktu solat, mereka segera meninggalkan perniagaan mereka kerana mereka tahu siapa yg bg kurniaan kepada mereka.zaman sekarang..entahlah...mungkin mereka menggangap masa mati mereka waktu tua kut.. jadi kita sebagai umat islam, mestilah tegur dan mengajak org untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran..biar org kata apa tapi biar kita jalankan tanggungjawab kita dahulu... sebelum saya tutup bicara saya. saya ingin pembaca merenung seketika...siapakah pemberi rezeki kepada kita?? adakah usaha kita? atau wang? atau ALLAH S.W.T yang berkuasa MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.... assalamualaikum...

Wednesday, December 5, 2012

MERDEKA???

assalamualaikum, pembuka bicara... "Ami, SPM berapa hari lagi tinggal?" "Dah habis lah...merdeka!!" "merdeka?? sambutan hari ulangtahun kemerdekaan dah lps..." itulah yang diriku alami selepas pulang ke rumahku syurgaku..adakalanya..ingatan asyik ingat apa yang aku buat waktu exam...tapi org kata dah lps biar lps...tapi skrg menggangur je kat umah.,...ada sapa sapa nak bg kerja??? kalau ada bglah...bulan 12 ni ada tournament taekwondo...tapi kat kedah...blh ke join??? ana ada buat satu suggestion tapi sesiapa yg berminat jelah...sapa yang SPM Tahun dpn...apa kata aku tlng ajar korg add math boleh? kalau sudi lah... baru baru ana ada dgr seseorang berkata..rumah siapa paling bercahaya di muka bumi ini?? sapa blh jawab?? tet2 masa tamat..jawapan dia rumah yang selalu org baca AL-Quran!!! jadi sapa nak rumah bercahaya...bacalah al-quran banyak banyak ye...tk payah pakai lampu dah...heheh..insya ALLAH..

Sunday, August 19, 2012

TOLONG DOAKAN DIRIKU YANG LEMAH

ASSALAMUALAIKUM.... lama dah tk update...rasa gatal gatal tangan nak update...hehehe ok sebelum tu hang pa semua sihat qa?? ayat kedah terus menusuk ke dalam kalbu.. harap sihat...tau tk selepas tournament taekwando kat baling lps tu silat kat pengkalan hulu...aku tekad nak belajar je... semester 1 alhamdulillah dpt jugk anugerah pengetua walaupun tepat tepat tapi usaha ku tetap berbaloi... aku baru je abis lps pra percubaan...result tk tau lg...cuma skrg aku minta tlng sangat dari korg tlnglah doakan aku berjaya untuk trial MARA yang tinggal 2 minggu lg...kemudian SPM yang tinggal 3 bulan je!!! YA ALLAH TOLONGLAH HAMBAMU YANG MEMERLUKAN BANTUAN DARIMU UNTUK BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT... ATTENTION TO ALL SBP STUDENT, I HOPE YOU WILL DO THE BEST IN TRIAL ONE WEEK EARLY THAN MRSM...SO GOODLUCK AND NEVER TENSION...ONLY ME CAN HAS STRESS... TO>>>>AMELY,HAIDAR,HAFIZ AND OTHER STUDENT...GOODLUCK!!!

Friday, November 18, 2011

Golongan yang akan banyak masuk neraka??

asalamualaikum W.B.T

saya pada hari ini berkongsi mengenai golongan yang banyak ke neraka.Anda rasa siapakah ORANG yang masuk neraka?? sudah tentu org yang mengingkari perintah ALLAH...

SUBHANAALLAH....

golongan yang saya maksudkan adalah golongan perempuan yang mana mendedahkan auratnya kepada orang ramai...

betul tk apa yang saya nyatakan??

mari saya bukti mengapa saya berkata begitu...

aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali tangan dan muka kan??tapi mengapa perempuan pada hari ini suka mendedahkan aurat sedangkan mereka tahu mengenai ini..

fashion merupakan faktor yang utama...perempuan suka update fashion dari semasa ke semasa...memang tk salah dalam ISLAM nak berfashion tapi berpada padalah sebagaicontoh kalau pakai tudung mengapa nak tayangkan tengkuk?? fikirkan...

wahai muslimah sekalian sedarkah anda bahawa anda merupakan golongan yang mudah masuk ke neraka dgn hanya mendedahkan aurat...bayangkan jika anda letak gambar yang mendedahkan aurat di dalam web sosial sebagai contoh FACEBOOK!!!!


SUBHANAALLAH....

sedarlah wahai muslimah yang disayangi...

Tuesday, June 7, 2011

SUDAH tiba masanya

asalamualaikum (T_T)

sudah tiba masanya untuk ku pulang ke maktabku,
ku berharap semoga 2 tahun ni aku bekerja keras untuk apa?
UNTUK MASA DEPAN!!!!

SPM akan aku berjanji untuk membuat yg terbaik,


okey now we go to the main of the subject i write this entry because want to say goodbye.why? because this two year i have to be more struggle to get A plus in SPM.okey,goodbye.

ASALAMUALAIKUM.




A+

bahasa malaysia
bahasa inggeris
mathematic
additional mathematic
agama
sejarah
chemistry
physic
biology
perakaunan

Saturday, June 4, 2011

ZAMAN SEKARANG...

pada hari ini,aku di dada akhbar banyak memaparkan kes zina.apa sudah terjadi pada dunia sekarang? aku terpandang satu artikel yang sungguh menyayat hati di mana anaknya yang berusia 20-an memperkosa teman wanitanya di dalam rumah dan ketika itu ibunya menangis dan meminta anaknya berhenti daripada melakukan perkara terkutuk itu.tapi tahu apa anak kata selepas menodai anak dara orang? anak berkata dia akan mwngahwini temanya itu..di dalam hati saya sungguh berasa geram dan marah kepada si Pelaku itu.adakah dia tidak fikir akan akibat perbuatannya? apakah dia fikir bahawa teman wanita akan menerima nikahnya? jawapannya TIDAK!! kerana orang bermaruah tidak akan membiarkan diri dilakukan sebegitu.

remaja yang dihormati da disayangi sekalian...


saya menyeru kepada anak jauhkan diri anda daripada melakukan perkara maksiat tersebut sesungguhnya perkara terkutuk itu tidak mendatangkan faedah malah mendatangkan musiba kepada diri sendiri.antaranya maruah tergadai akibat melakukan maksiat tersebut,maruah keluarga tercemar bukan setakat itu maruah diri,agama dan bangsa turut tercemar..pernah tak anda terfirkir apakah faedahnya melakukan perkara tersebut?

sedarlah,


kita berada di dunia akhir zaman..perbanyakkanlah berbuat baik..perbanyakkanla mengingati ALLAH..

saya seru pada diri saya sendiri,teman dan remaja yang berada di luar..tinggalkan perkara tersebut lakukan amal jariah,perbanyakkan mengingati ALLAH dan perbanyakkanlah melakukan ibadat.


'
~tahukah anda?~

-menonton video lucah adalah haram...
-memandang aurat merupakan salah satu punca nafsu shahwat naik
-memakai pakaian jarang,ketat dan sendat juga merupakan haram




sedarlah dari buaian syaitan.....

Tuesday, May 31, 2011

ingatan pada yang ILAHI harus diteruskan

tahukah anda bahawa dalam masa 24 jam dalam sehari malaikat maut datang melawat kita 72 jam?

subhanallah...seharusnya kita sentiasa mengingati mati kerana sedang kita ketawa,sedang kita bersedih,sedang kita tidur..malaikat maut sentiasa menanti arahan daripada ALLAH S.W.T untuk mencabut nyawa kita..dan sedang dia memerhatikan kita tanpa kita sedari..

kita sering hanyut dalam dunia yang penuh dengan fatarmogana yang penuh dengan dugaan yang melimpah ruah...


kita sering lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai orang ISLAM..mengapa?

semua jawapan hanya anda yang mampu menjawabnya...


sentiasalah mengucapkan "aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak di semba melainkan ALLAH dan NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH" sesungguhnya kita tidak mahu mati dalam kalangan orang yang kafir....sentiasalah muhasabah diri dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain...

Friday, March 18, 2011

life in MRSM

yeah buat kali pertama kalinya..entry di masukkan mengenai hidup di mrsm..(ada org kesah) tk pe aku cerita je...


pada hari mula mula mendaftarkan diri aku masih rasa "layakkah aku di gelar budak MRSM? sambil menuju ke MRSM KUBANG PASU...aku bangun pada pagi tu agak awal dan bersiap terlebih awal...oh ye,malam sebelum hari pendaftaran aku tidur dkt motel..tk mcm meor..tidur kat hotel bustani!! kan meor?pada hari pendaftaran aku disambut dgn layanan yang baik dari BWP (Badan Wakil Pelajar) dan LDP (Lembaga Displin Pelajar)..mereka seolah olah menganggap aku suda kenal lama..aku berbual dan bertanyakan bagaimana perasaan duduk di sini..mereka menjawab 'duduk di sini memang best tk rugi kalau masuk sini' semangat aku nak belajar berkorbar korbar dan aku telah tanam dalam diri ketika itu juga aku nak jadi pelajar yang berjaya mendapat 4 flat..aku yakin dgn diri aku...aku pasti blh!!


sepanjang minggu sebelum cuti pertangahan,aku tidak pernah terdetik dlm hati nak berpatah blk ke SMKSU malah aku cuba cepat menyuaikan diri...tapi,setiap manusia mempunyai kelemahan iaitu aku mudah berasa mengantuk di awal pagi persekolahan...aku rasa blh dikatakan setiap pagi subjek pertama atau kedua aku akan tertido..argh!! kenapa tk blh tahan mengantuk ye? mungkin tido tk cukup kut..budak mrsm tido kul 11 malam sampai 5 pagi..rasanya masa begitu singkat..walaubagaimanapun aku cuba belajar sendiri...dalam sehari akan ada dua kali prep ptg dan malam...prep petang kebiasaannya aku buat kerja sekolah sbb kebiasaan aku buat pada waktu malam aku akan study sendiri atau buat latihan...

argh!! geram btl dgn subjek yang baru ni..agak mencabar minda dan memenatkan otak!! korg tau aku amik berapa subjek? 11 subjek!! kelas perakaunan terpaksa amik 11 subjek nanti lps semester 1 form 5 baru blh drop...tapi tk rasa rugi ke kalau kita drop? da lah setahun kita belajar tiba tiba nak drop..rugi!!! walaubagaimana pun sesiapa yang ada buat tuisyen atau tau tuisyen waktu cuti sekolah jgn lupa bgtau ye...

oklah korg,esok aku dah nak pergi dh blk ke kedah...nanti kalau ada masa aku akan update blog ni...tapi kebiasaannya masa cuti sekolah sbb time sekolah jadual padat sangat...harap korg fm lah ye...

P/s-kalau sesiapa nak call atau mesej aku...hantar mesej kat nombor celcom...aku bawak phone tapi mungkin bls lambat sbb kepadatan jadual...orait!! asalamualaikum..

Thursday, February 3, 2011

Experience in Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor

haa..all the experience in SMTKS never i forget it because that place was the first time i stay in hostel and change my school.


the first time when i reach there,all the senior look kind and good..but it not stay long..i never forgive my self when i see all the senior play in 'rumah ibadat' why they change their personality after parent send the new student at there?

howeever,i believe all the senior can change their personality after this.

I CAN't believe i can get MRSM because i think that place are dificult to get in..one again i have to move to MRSM and i have to pass all the job that have i get to another person..i am sure the person can be better monitor in class and leader in dorm..i trust the person..i hopeallthe student of SMTKS never forget me because i can't forget SMTKS and SMKSU student..

Saturday, January 1, 2011

IMPORTANT

ASALAMUALAIKUM,DENGAN SEGALA HORMAT DAN BERANINYA...SAYA MUHAMMAD HAZLAMI BIN MOHD SUKERI BIN BILAL LONG...AKAN MENINGGALKAN BLOGGER INI BERMULA PADA 3 HARIBULAN JANUARI 2011..



WASSALAM....

Tuesday, December 28, 2010

Hati dan Akal Bicara Cinta

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Monday, December 27, 2010

Di sini LuAhAn hAtI

kegembiraan dpt diungkap apabila kejayaan dpt kita perolehi..mungkin ramai yang menganggap muka kita mengambarkan emosi kita yang sebenar..tapi sebenarnya tidak...sungguh cemburu aku kepada kawan aku..kenapa aku tk dpt ikut jejak langkah mereka? masihkah aku ada peluang untuk aku tewaskan mereka?

aku berani berkata YE!!! dan aku akan pastikan ye!! sbb aku sudah tidak dpt mengenggam 8A tapi aku tetap bersyukur,skrg akan ku siapkan segala persiapan senjata untuk ku pastikan dpt straight A in SPM kelak...

Sunday, December 12, 2010

yang mana satu?

asalamualaikum..aku rasa sungguh mabuk sesangat minggu saat genting ni..nak tau kenapa? sbb semua aku dah gi amik ujian kecuali sbb dgn teknik..tapi sekolah teknik..aku dah lps...dia suruh lapor diri 4-7 haribulan januari...tapi mcm mana dgn yang lain? MTD?SBP?MRSM? mak aku masuk ni...ayah aku pulak suruh masuk ni...rasa tak cukup tido btl sampailah dpt result nanti..tak sabar sabar nak tgk hasil usaha titik peluh aku... harap harap 8A..amin ya rabbal alamin...

Saturday, November 27, 2010

ISLAM memang cukup indah

org selalu bertanya adakah kita ni menghayati ISLAM? jawapan dia "erm...entahlah aku pun tk pasti" jawapan ini memang tidak rasional diberi oleh penganut agama ISLAM sendiri..first kenapa dianggap agama ISLAM cukup indah kerana ISLAM tidak pernah memaksa untuk manusia memilihnya tapi sayang..sekarang sudah ramai org ISLAM tapi berperangai bukan orang ISLAM

kedua adalah ajaran agama ISLAM cukup sempurna..kerana ALLAH S.W.T telah memberi segala maklumat kepada kita melalui kitab sucinya iaitu Al-QURAN sebagai contoh..ubat yang paling mujarab sekali adalah AL-Quran dan madu lebah.

ketiga,agama ISLAM merupakan agama yang paling ramai manusia ikut..tetapi sayangnya..ada manusia hanya ISLAM di atas nama dan ICnya sahaja..tidak mempunyai sifat yang menunjukkan dia ISLAM sebagai contoh dia meninggalkan sembahyang..adakah itu dikira ISLAM? tidak kerna dalam RUKUN ISLAM ada menyatakan solat lima waktu sehari semalam


sebenarnya ada banyak lagi alasan yang mengatakan ISLAM memang indah..tapi saya hanya dapat menceritakan sedikit sahaja..WAHAI SAHABAT ATAU TEMAN ATAU SEDARA SAUDARI SEKALIAN..jgnlah kita ISLAM sekdar diatas nama atau sekdar di dalam IC..apakah itu sebenarnya agama kita? adakah kita mahu jadi begitu?


fikirlah,renungkanlah,perlihatkanlah,bayangkanlah setiap persoalan tersebut

Friday, November 19, 2010

Teguran Itu Penting

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh


http://3.bp.blogspot.com/_WXdDL1OOkUA/TJi6yza5xdI/AAAAAAAAAAc/zSfC6SDU5v8/s320/IMG_0594.JPG

Jerash, Jordan



Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.



Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.



Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".



Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.



Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sunday, November 14, 2010

Perasaan di Maktab tentera Diraja selama 6 hari

wahh!!! rasa nak patah blk je masa...perasaan bila berada di sana tidak dpt digambarkan...aku tak percaya bila aku dpt lari 2.4 km dlm masa 9.75...selama seminggu aku latih pun aku tk dpt lari secepat tu...tapi bersyukurlah..kemudian ada ujian IQ..hampir separuh sahaja yang aku jawab yakin..selebihnya tak beberapa yakin..tetapi kemudian aku berjaya jugak...akhirnya aku terpilih untuk temuduga terakhir..yes!!


pada hari pertama di sana...aku rasa nasi yang dia bg terlalu banyak sehingga kan ramai org tk abis makan...tapi masa berada di sana semua padat..aku memang suka bila masa padat..

pada hari kedua,aku diuji buat tekan tubi,mendagu dan duduk tubi...perhh!! aku tk blh buat bnyak...huhuhu...aku hanya mampu buat tekan tubi 38 dalam masa seminit..mendagu 3 je!!! sbb dia ajar cara yang agak susah...kemudian duduk tubi hanya 33 je dalam masa 1 minit..

pada hari terakhir,aku berasa susah sangat nak berpisah dgn teman sebilik aku dan pengalaman aku selama berada di sana semakin bertambah...tapi pada hari terakhir jugak..aku berasa sedih sbb temuduga dia pertama tanya dalam bahasa melayu dan inggeris..aku tak lps yang bahasa inggeris..aku manalah fasih ckp bahasa inggeris..huhuhu...

walaubagaimanapun...pengalaman berada di MTD amat pahit sekali sbb ada satu ujian yang amat menakutkan...hahahaha...tak mau cite tapi pengalamannya memang hebat...

oklah setakat ini sahaja yang aku dpt cerita kan...nanti pada 2 disember ini untuk ujian MRSM pulak...harap harap dapat tambah lagi pengalaman...amin...

asalamualaikum!!

Thursday, November 4, 2010

Bagaimanakah hendak menyelesaikan masalah ini? sedangkan aku insan yang lemah

aku serba salah apabila memandang kelakuan sahabat-sahabat rapat aku.aku rasa nak tegur tetapi hakikatnya aku tidak berani seperti saidina Umar Al-Khattab.aku sedar siapa aku walaupun aku ini seorang yang lemah tetapi tanggungjawab masih harus aku pikul kerana aku juga seorang hamba ALLAh.setiap kali dia melakukannya..hanya aku mampu mengelakkan diri daripada memandangnya..aku terasa sungguh bersalah pada diri sendiri apabila mereka melakukan kesalahan tersebut..aku cuba fikir sejenak.tiada cara lain ke unutk aku menyelesaikan masalah ini? aku cuba cari walaupun terpaksa buku Ilmiah..tapi tiada jawapan bg soalan aku..yang hanya aku mampu hanya benci melalui hati..aku sedar seorang Islam bukan hanya menjaga hal masing masing kerana itu bukan amalan yang diamalkan oleh para sahabat RASULULLAH..RASULULLAH sentiasa menjaga masyarakatnya tidak ada yang dipinggirkan..kini aku mula mencari jalan unutk cuba menyelesaikan masalah..andai masalah itu dpt diselesaikan..aku berasa sungguh lega kerana tanggungjawab yang aku pikul dpt aku selesaikan..

Wednesday, October 13, 2010

Luahan hati seorang lelaki

dalam sunyi sepi,aku terus ingat apa yang bakal aku lakukan selepas PMR sudah selesai...terlalu banyak gambaran yang dapat aku gambarkan...tapi satu pun tkkan aku mampu lakukan...aku sungguh minat belajar sejarah,bahasa melayu,kh dengan Mathematic..

TAPI!!! aku terpaksa tabah dengan masa yang agak panjang...kemungkinan semua minat ku akan berubah...sebagai seorang manusia...sikap pelupa tk pernah tinggal...


kawanku bakal tinggalkan aku seorang diri di sekolah JUMAAT ini...manakala aku bakal meninggalkan sekolah pada hari AHAD..mereka akan pergi pulau pangkor untuk bersuka ria...tapi aku akan pergi ke suatu tempat yang amat menarik bagi aku tapi mereka yang takut sahaja tak nak pergi iaitu KEM PLKN...di sana akan diadakan program perkhemahan...aku rasa sungguh bertuah jika dapat aku jalani latihan PLKN di situ,,,mungkin di situ aku dapt menambah lagi minat aku..



SEKARANG!!!!

IMPIAN AKU SUDAH HAMPIR TERCAPAI dengan adanya permohonan aku mungkin segalanya akan tercapai...

aku mohon 4 buah sekolah iaitu :- a)SBP MACHANG-(di mana lokasinya berdekatan dgn kampung aku)
b)MAKTAB TENTERA DIRAJA(MTD)-(di mana salah satu cita cita aku)
c)MRSM KUALA KUBU BARU-(di mana aku akan mencuba nasib...tetapi rasanya AMELINA LEBIH LAYAK DI SANA)

d)sekolah teknik KUALA SELANGOR-(aku akan cuba menjadi seorang yang profesional dalam bidang elektrik)


inilah sekolah sekolah yang bermain di fikiran ku...

aku harap permohonan ni berjaya terutamanya MTD...aku sudah lama impikan....tk pernah rasa gentar atau takut untuk berhadapn dgn mereka...

Tuesday, August 31, 2010

sajak bulan kemerdekaan

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Serunai Faqir
Wangsa Maju

PADA TANAH MERDEKA INI

Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.

Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci

Nukilan:
Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

UNTUK BANGSA MERDEKA

Untuk sebuah bangsa merdeka
jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi
mimpi malam kolonialisme yang ngeri
keluh-kesah hak asasi
menghilang identiti diri.

Untuk sebuah bangsa merdeka
luas dalam horizon perjuangan
tiada lupa akar bangsa
serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya
tiada lupa tentang jerit bahasa.

Untuk sebuah bangsa merdeka
teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul
semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan
bukan nama simbol keris merdeka
tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.

Seperti sebuah jarak padang terbuka
tetap berani dengan kewujudan dirinya
seorang yang memahami tangis bangsa
monolog pada dirinya sendiri
bersyukur kepada hari-hari lalunya.

MOHD FADZIL YUSOF


CINTA WAJA WARGA MERDEKA

Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsana
menjulang jalur gemilang bersama sejarah
Yang tertarik ceritera luka bersama air mata
dari simbahan maruah moyang berzaman
inilah bisikan cinta kami
istana kasih yang kukuh
merangkul mesra di persada visi
menganyam janji pada diri.

Meski telah kami punahkan sejarah berdarah
dalam zikir kasih menyusur perjuangan
namun segala yang pernah musnah
membangkitkan urat nadi pembela pertiwi
menjujnjung martabat bangsa bermaruah
kerana, kamilah warisan turun temurun
memadu sumpah buat dititipkan
pada seluruh cakerawala setia
- akan kami laungkan keamanan
- akan kami nyanyikan semangat merdeka.

Di maya ini, kami tafsir segala peradaban
menyirami kuntum perkasihan di laman
telah kami baja keakraban pengalaman
musteru ngeri luka silam masih mengimbau
menggamit sejuta pesona waspada
akan kami tangkis durjana menepis
mengikis tapak sengsara di mata
di sini, kamilah anak merdeka
melangkah maju tidak gementar
membentuk wawasan tidak gegar.

Demi cinta bersemi ketamadunan hakiki
melaut kasih pada keharmonian
kamilah pejuang pembangunan abadi
akan kami cincang cabaran merentang
akan kami tentang jejak melentang
kamilah pewaris menunjang pedang kerukunan
dengan benteng sejuta pagar keamanan
akan kami wangikan seluruh maya
menabur bunga bijaksana bangsa
atas gemala cita menyatu sejahtera
tidak akan rebah dimamah sejarah
tidak akan goyah dipatah dugaan
kami abadikan seluruh degup jantung
membina cinta waja dalam sumpah
- kami anak merdeka
ada misi membentuk kemenangan
ada visi membentuk kemahuan.

Karya: Sabariah Bahari

AKSARA MERDEKA

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.
Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.
Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Karya: Wadi Leta S.A

NEGERI INI, ANAK

Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul
terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa
yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya.
Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya
dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang
kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap
itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!

Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,
kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.

Kerana baginya:
negeri adalah tanah
adalah air,
adalah api,
adalah angin.
Adalah maruah,
adalah permai,
adalah berani,
adalah susila.
Adalah segala-galanya.

Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan.
Tanpa mengira kulit atau warna,
tampuk atau asal, percaya atau agama:

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Di negeri ini anak,
mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.
Siapa di sini adalah warganya,
kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah.
Darahnya tetap merah.
Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.
Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.

Marsli N.O
17 Jun – Julai 1988
Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 1989

TANAH PEJUANG

Jika diundurkan tika
Kau akan lihat masa dulu kala
Terlihat betapa pentingnya perjuangan
Terlihat betapa besar dan agung
Jasa dan keringat mereka taburkan
Wang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk perjuangan
Satu perjuangan yng lahir dari jiwa
Satu perjuangan yang terbit dari naluri
Jiwa mereka perkasa
Jiwa mereka murni suci
Setiap langkah hanya untuk anak bangsa
Untuk lihat lahirnya negara bangsa
Perjuangan mesti diteruskan
Hanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepat
Kerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuat
Hati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini murni
Perjuangan ini suci
Hanya ingin satu kebebasan

Kita lihat tika ini
Bangsa kita bangsa merdeka
Separuh abad terpasak di dada dunia
Gah, juara digeruni seantero
Malaysia
Namamu melakar sejarah
Lagakmu mencabar
Kelibatmu ghairah
Sang negara dunia hati – hati denganmu
Resepi bercampur kaum
Serat isi inti dalamnya
Penuh dengan pelbagai rasa
Perpaduan utuh punca segala
Globalisasi dunia pemangkin utama
Namamu gah merentasi sempadan dunia
Ekonomi, teknologi kepakaran terbukti
Dihidang semua untuk bangsa dicintai
Merdeka separuh abad
Bukti keagungan bangsamu
Bukti kekuatan perpaduanmu
Anak bangsa untung menikmati
Dijaga rapi kemas merdeka ini
Untuk santapan cucu cicit
Untuk ingatan cerita nenek moyang
Merdeka sudah dianugerahi
Semat di jiwa simpan di hati
Merdeka ini anugerah Illahi..

OSMAN ZAINI
080808 09PM
E005 IPS,MIRI

MENCARI WIRA

Berkurun kita berburu mencari makna kata
Berkurun kita keliru mengenal makna wira:
Jebat dan Tuah, siapa patut dipuja?

Lemas kita dilanda curiga
antara setia dengan pembela.
Selamanya wira dinilai oleh masa
selaman wira dicanai kuasa
selamanya wira dinobat oleh harta.
Akhirnya wira entah dimana
didepan kita pengkhianat bangsa.

Bangunlah dari lena khayali
kita kembalikan kata pada lidah
kita pulangakan pandang pada akal
ita keringkan rajuk pada tindak.

Akal tak pernah mengalah kalau diajak bertelagah
tapi selamanya kita mematikan akal
kerana akal membijaksanakan manusia
dan si bijak tidak perlu hidup
seperti wajarnya budak ditikam
atas kebijaksanaan yang mengancam.
(ah ! sejarah todak kerap sangat berulang)

Marilah kita didihkan akal
mentafsir kata dengan sempurna
- ada waktunya berontak itu keji
- ada waktunya berontak itu suci
- ada waktunya berontak itu cemar
- ada waktunya berontak itu samara
berubah musim beralih sikap
bertukar pimpin bersalin harap
tapi pejuang tidak pernah terpuja
tika darahnya mengucur seksa matanya dicungkil buta
tanganya diikat waja kakinya dirantai sula
dan kita mengulang keanehan
berebut menabur bunga dan pandan
didada mereka setelah kematian

Sesal hanya datang sekali
tapi seksanya sepanjang hayat
lukanya berparut berabad-abad

Nukilan:
Mohamad Saleeh Rahamad

NEGARAKU TERBILANG

Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya,
Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan,
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,
jauh sudah rupanya negaraku mengembara.

Fikiran menggugah zaman remajaku,
Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,
Tapi disana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,
Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira tak didendang.

Di luar sempadan ada cabaran,
Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kite dengan kata-kata,
Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,
Kita memilih sederhana daripada yang mutlak,
Pelbagai daripada yang menyendiri,
Percaya daripada mencurigai,
Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,
Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.

Di sini di bumi ini,
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi
Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,
Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah
Cemerlang, gemilang dan terbilang.

Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
(Sajak ini dideklamasikan pada Pesta Puisi Patriotik Ke-5, 29 Ogos 2004 Sunken Garden, Putrajaya.)

TANAH JANTUNG

Ini negeri kita
Negeri kasih
Kasih kita pada yang tak berbelah
Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah

Kita genggam sejarah
Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah
Gundah beradap akhirnya terlerai
Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai

Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa
Jatuh dan bangun anak ank bangsa
Kenal makna fahami erti slogan warga
Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa

Ini ibu pertiwi kita
negeri tercinta
Cinta kita yang setia terukir
Berdenyut di nadi bersama merah darah mengalir

Alirnya memercikkan cita
Cita kita memercukan jaya
Jaya ini kelak menjulangkan maruah
Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah

Selamatlah kau tanah jantungku yang indah
Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua
Petamu keplaj sudah
Udaramu camilha akhirnya
Melindung memayungi
Bumi kekasih ini

Ini negeri kita
Diukir ikrar dan kata
Dikibar jalur gemilang merata
Senandung dan nyanyi bernafas setia

Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk tanah jantung
Dari perut laut hingga ke puncak gunung
Awan-gemawan tanah air gemilang
Kerenjis mawar keashi ke sekian kalinya
untuk kau negeri yang kukasihi.

Dideklamasikan oleh arwah Datin Seri Endon Mahmood

NEGERI BERTUAH INI

Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Di sini kita dilahirkan
Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.

Negeri bertuah ini
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.

Negeri bertuah ini
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.

Negeri bertuah ini
Sudah merdeka
Yang gagah tidak lagi mengunus senjata
Yang berani tidak lagi bermaharajalela
Rakyat bangun berjuang
Melawan kemiskinan
Membasmi kejahilan.

Negeri bertuah ini
Rakyat belajar berdikari
Hutan diteroka menjadi ladang
Desa dibangunkan
Bandar dimodenkan
Rakyat bersama mengecap pembangunan

Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Pesan nenek moyang
Di mana bumi dipijak
Di situ jejak bertapak
Di mana tempat bernaung
Di situ taat dijunjung
Di mana darah tumpah
Di situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini
Negeri kita
Mari kita bangunkan
Mari kita makmurkan
Mari kita pertahankan.

A. Latip Talib
Negeri Sembilan.

BAPA KEBEBASAN
(Al-Fatihah Untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra)

Dialah yang memugar rimba sejarah
dan meletakkan batu tanda bertatah indah
dialah yang membina sempadan gagah
antara musim terjajah
dan gerbang waktu melepas gundah.

Dialah yang bergelar bapa
mewariskan sebidang tanah menganjur,
dengan bukit-bukau hijau mengimbau
disuburi jernih air sungai masyhur
bumi subur warisan leluhur.

Dalam lembut bicara semanis kata-kata,
dia menolak cengkam tajam
dari kuku-kuku hitam yang kejam
mengikis karat musibat
dengan minda yang padat berkat
lalu dia kembali melepaskan merpati
melayah di mega pelangi.

Dia yang meletakkan makna merdeka
dalam kamus peradaban bangsa
lalu kita meluaskan aksara
mencanai istilah bertuah
sehingga anak-anak warisanmu
berdiri di persada mercu restu
menjamah madu syahdu
dari embun di rumput baldu

31 Ogos tanggal keramat
dia meletak tapak kebebasan di bumi warisan
tahun demi tahun kita kenang dalam insaf
betapa hidup terjajah berbaur seribu masalah.

Dialah bapa !
yang telah mewariskan pada kita
sebuah kemerdekaan
yang perlu dipertahankan.

Ghazali Lateh
Banting, 11 Jun 2000

WATIKAH DI DAERAH MERDEKA

Telah berpesan Laksamana Hang Tuah kepada kita
‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’

Ayuh! Mari kita susur pantai maknanya
di negeri tempat darah pahlawan Melayu mengalir
berselirat ke akar umbi buminya
mencengkam lumat hasad dan dendam
takkan sekalipun meracuni himpunan setia
meski dimesrai penjajah bersilih ganti.

Melayu yang dikurnia akalbudi
tiadalah gentar mendaulatkan jatidiri
meski dibelenggu derita dan mimpi ngeri
ayuh! Kita rentang semangat, tenaga dan minda
menghindar sengketa, menggarap cita di daerah merdeka.

Menjelang malam 31 Ogos
aromanya bak kasturi
menyusup ke tiap pelusuk empat belas negeri
dengan sejuta harapan dan doa
mengharum setiap nadi anak bumi
gemilangnya daerah merdeka milik abadi!

Di daerah merdeka yang permai ini
kita berdiri teguh bercakap tentang maruah bangsa
kedaulatan pertiwi dan gagasan mengangkat makna merdeka
di bawah rahmat Yang Maha Esa
siap siaga bukan sekadar sedar di mata
halangan dan cabaran menuntut ketelusan
menghayati tindakan dan kewajipan
menyelinap ke tiap kerangka visi dan misi
kemajuan dunia melangkah seiringan
tegas mendepani perubahan!

Dengan keyakinan dan iltizam bangsa
jihad ke daerah merdeka
menekuni perkongsian perjuangan dan kehidupan
jangan sampai tergadai diselar petualangan
yang sering datang bertandang mesra
sedang hati diulit dengki khianat
suka melihat kita tersungkur, memaut ehsan.

Demikian terkenang pesan pahlawan terbilang
gah! Suara anak Malaysia bergema di medan pembangunan
lantang meningkat ekonomi dan martabat
dunia menyaksi tamadun bergerak pantas
lenyaplah kesedihan bangsa kita!

Kini mendepani generasi bijak bestari
pendengar dan ajarkan perjuangan silam
jangan sampai terbiar hingga alpa
harga diri bukan pada kemajuan semata
kebebasan, keadilan dan teknologi canggih
tetapi jua menuntut pertanggungjawapan di jiwa!

Karya: Jariah Haji Taha

INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,
Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,
Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.

Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,
Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,
Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,
Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,
Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.

Anak-anak bumiku tercinta,
Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,
Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,
Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,
Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.

Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,
Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,
Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.

Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,
Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,
Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,
Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.

Ghazali Lateh
Banting,
September 2000

# Sajak ini pernah memenangi sayembara Puisi Puteri Pos, dan dimuatkan dalam antologi Jamung Merdeka kelolaan Gapena.

Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga

Ketika desar-desir suara angin menyentak rumput di halaman,
Udara hitam dari sukma duka wangsa menyentuh gusar malam
Bahtera kebanggaan yang selama ini teguh dan agam
Tiba-tiba tercarik layar, tersasar haluan.

Ketika angin serong menyusur ke lembah gersang
Badai malam dari kalbu musykil murba menggigit sumsum alam
Bangsa yang sekian lama megah dan padu
Tiba-tiba menerka udara mahing kemarau silatur
Menyeret ke musim silam yang kontang.

Kau bangsaku, jangan lupa pada harumnya tubuh Sepumtum
Kaku menjulur di tali gantung, demi mempertahankan
sekangkang Pasir Salak. Kau saudara seagamaku, jangan lupa
pada wanginya jenazah Tok Janggut,
Terjerut songsang di pinggir jalan
demi mendaulatkan seketing tanah Pasir Putih
generasiku, jangan lupa akan manisnya
darah leftenan Adnan yang terpercik di makam Tanjung Puteri
demi menegakkan martabat nusa. Jangan sesaat pun kau lupa
akan nyaringnya pekikan para katwal
yang redha berputih tulang
membentengi Rumah Pasung Bukit Kepong
demi memelihara maruah pertiwi.

Generasiku yang merdeka,
Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.

Dihalaman kembang sepatu ini,
Pertahankanlah daulah addin nan quddus
Di halaman udara segar bugar ini,
Perteguhkan maruah bangsa nan mulus
Dihalaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,
Abadikanlah kemakmuran sejati
Di halaman multi bangsa nan demokrasi ini,
Selamanya sejahteralah warga,
Sepanjang alaf menjulang bangsa

Karya:
Sazalee Haji Yacob

Friday, July 30, 2010

tahniah IMAM MUDA ASYRAF DAN IMAM MUDA HIZBUR kerana berjaya memikat hati saya



ASALAMUALAIKUM W.B.T sebelum saya memulakan hujah saya pada hari ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada IMAM MUDA ASYRAF kerana telah berjaya menjadi imam muda yang terunggul malah telah berjaya menambat hati saya dengan cara hujah yang telah diberikan...

sungguh tertarik ingin saya kata kan mengenai hujah yang telah beliau sampaikan..tajuk hujah beliau adalah soalan UMAR AL-Khatab iaitu sahbat nabi yang terulung

saya amat tertarik dengan soalan Umar Al-Khatab iaitu 'adakah kamu sudah selesai solat tadi?' sedangkan beliau dalam keadaan yang berlumuran dengan darah dan nafasnya teresak esak..kemudian dia menyuruh anaknya iaitu ABDULLAH bin UMAR untuk mengambil air..anaknya menanyakan kembali 'sebentar tadi sudah ku berikan susu kepadamu,tetapi susu itu terus keluar daripada perutmu' Umar menjawab kembali 'wahai anak ku,aku bukan ingin meminum air tersebut tetapi aku ingin menyempurkan solat subuh ku tadi'...

subhanallah.blhkah anta atau anti bayangkan bertapa setianya UMAR al-khatab kepada ALLAH...ana tidak dapat membayangkan bagaimanakah cara umar mengerjakan solatnya itu dengan keadaan perutnya terkeluar dengan usus usunya..

blhkah anda bayangkan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails