Tuesday, January 19, 2010

otak kita lebih hebat dari komputer???

asalamualaikum..pembuka bicara

adakah otak kita lebih hebat dari komputer?? yup btl...saya yakin dan percaya akan apa yg dibincangkan hari ni....memang best otak kita dilahirkan didalam kepala bukan di lutut atau pun di belakang badan...bersyukurlah manusia..sebaik baik manusia ada manusia yg pandai menghargai anuegrah ilahi...

kawan sebaik kawan

aku amat terharu atas usaha kawan saya untuk membuat aku tidak akan pandang kebelakang dan aku akan terus memandang kehadapan sehingga aku percaya satu dunia kawan aku...asalamualaikum wahai makhluk yg berada di atas satu dunia...

Saturday, January 9, 2010

sikap ego ku menghancuri makna kawan

ke egoan aku telah menghancuri makna kawan yg sebenarnya....kini aku berada didalam dunia aku yg penuh keegoan dan kini juga aku dihindari dari kwn kwn ku...aku mengerti bila aku sedar tentang keegoan ku..aku ini adalah kawan yg tidak berguna!!! yg sangup menghancuri makna kawan sendiri...aku manusia yg kejam!! yg mengikut segala kemahuan diriku...kini aku bersendirian...kwn ku kini menjauhi diriku...ini bermakna maksud kawan didalam hati aku tiada nilainya sekarang...maafkan aku...jika aku terbuat salah...aku kini hanya mencari erti kawan..

hati yg merindui seseorg...

jiwa ku tidak tenang jika kau tiada disamping ku
hati ku resah bila kau tiada disisi ku..
hati ku yg inginkan kasih mu mencurah kepada diriku....
wahai teman dgr lah luahan ini dan jgn lah kau mengkhianatinya..


persoalan disini...

adakah ku cukup sempurna untuk dirindui??

maafkan segala dosa ku jika aku melukakan hati mu

asalamualaikum....wahai kawan kawan ku yg amat kusayangi dan sajungi...tolog maafkan aku tentang ke egoan aku...aku mintak ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki...jika korg tidak maafkan aku...belum tentu aku dpt diberkati...wahai kwan ku ampun lah segala dosa ku..yg pasti aku bersalah kepada kamu semua...saya harap dimaafkan..

Wednesday, December 16, 2009

10 Muwassafat Tarbiyah


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Tahajud Cinta : Tinta Buat Kita

“Beribu tahun telah berlalu, beribu batu telah tertimbus. Kami yang tidak pernah melihat wajahmu, yang tidak pernah mendengar suaramu. Menemukan jalan hidup, Ya Allah!! Sampaikan selawatku dan salam kami kepada Rasulullah tercinta..Ya Arhamanar Rahimin…”


Teater Muzikal : Sirah Junjungan - Tahajud Cinta


USAHA DAKWAH ERMA FATIMA


Seorang pengarah filem yang seringkali dikagumi dengan hasil-hasil karyanya. Idea yang berasaskan nilai kemanusiaan seringkali menjadi pilihan dalam mengekspresikannya di dunia seni.

Kali ini beliau tampil dengan satu usaha dakwah yang unik dengan mengetengahkan penceritaan suci sirah Rasullullah dengan menterjemahkannya didalam bentuk teater muzikal.

Dilihat daripada trailer yang saya lihat di laman web yayasan seni karya, ia dapat menggambarkan bahawa teater ini mempunyai daya tarikan yang cukup menggamit dan menyentuh hati penonton yang bakal menyaksikannya. Penceritaannya diiringi dengan nyanyian lagu yang berunsurkan perjalanan sirah Rasul yang disampaikan oleh penyanyi-penyanyi terkenal tanah air kita. Jika saya di Malaysia, sudah pasti saya akan menontonnya.

Semoga usaha murni yang ditonjolkan beliau dalam mengetengahkan aspek dakwah unik ini mendapat kekuatan dan rahmat daripada Allah agar beliau dapat terus menyampaikan mesej dakwah Islamiah melalui medan seni dan diharap agar semua penggiat-penggiat seni yang lain dapat mengambil contoh yang sedemikian rupa supaya wajah dunia senia Malaysia dapat dilihat sebagai salah satu ruang dan aspek dakwah yang baru dan popular di mata rakyat Malaysia bahkan menjadi ikutan di luar negara.

MASYARAKAT DAN KITA

“Berlakon??!!Ish2 haram tu…MAKSIAT!!, takde kerja lain ke nak buat??”

“Eleeh, nak masuk bidang seni konon, kau tu belajar agama!, sok-sok balik kat surau, sekolah agama, masjid2..haaa..!! Itulah tempat kau, tak payah masuk lain-lain bidang, SYUBHAH banyak!!”

“Kau nak buat apa habis belajar nanti?? ..balik jadi ustaz, jadi imam dan bagi ceramah kat surau kampung, hujung bulan dapat duit gaji..”

Yang mengerti akan cuba memahami dan meneliti. Yang “pelik” dan mengeji akan menghukum umpama hakim. Susah untuk mentafsirkan samada perkara sebegini adalah realiti ataupun sekadar anggapan yang bermain dibibir masyarakat kita. Jangan terkejut jika perkara seperti perbualan diatas akan berlaku pada diri kita wahai siswazah timur tengah. SUDAH RAMAI yang membuka mata tentang hakikat hala tuju sebenar graduan bidang pengajian Islam, bagi mereka siswazah ini perlu terjun kedalam pelbagai bidang yang melibatkan komuniti masyarakat yang lebih besar. Tidak dinafikan juga, MASIH RAMAI yang menutup mata tidak tahu apa sebenarnya fungsi siswazah pengajian Islam ini, bagi mereka, ustaz/zah, imam dan bilal, guru agama itulah yang mencorakkan masa depan siswazah pengajian Islam ini.

Ini tanda kita masih kebuntuan kata.



GERAK DAKWAH YANG MENJADI BUAH MULUT


Usaha yang dijalankan oleh sesetengah pihak seperti yang dilakukan oleh yayasan seni karya prihatin pasti akan menjadi buah mulut dengan menimbulkan isu-isu pro dan kontra walaupun sudah diluluskan oleh JAKIM. Pejuang agama VS pejuang seni.

Segelintir akan menyoal sejauh mana keberkesanan pementasan teater muzikal terbabit. Umpama doktor, yang meneliti dari A hingga Z keseluruhan pementasan tersebut (termasuk krew-krew, pelakon, juru mekap dan lain-lain), bukan untuk dipuji, tetapi untuk mencari di mana salahnya jika dilihat dari sudut syariah dan agama. Manakala pada bahagian skrip dan pembawaan pentas dijadikan isu kedua.

Ini masalah kita. Mudah menjatuhkan hukum dan meletak kesalahan di atas kepala orang lain.

Walhal, kita masih lagi dibelakang berlagak hebat dan “angkuh” kononnya berdakwah. Padahal setakat berbicara di gerai kopi bersama-sama dengan kawan-kawan yang juga seangkatannya. Itu kisahnya.

Mereka yang dikritik sudah jauh maju ke hadapan memikirkan cara bagaimana untuk menarik yang bukan Islam atau yang sudah “Islam” untuk mendekati agama Islam dengan penuh penghayatan menggunakan pentas yang dikatakan “Maksiat” oleh sesetengah orang yang tidak berfikir.

Mereka yang mengkritik terus dengan warna-warna kritikan mereka. Habis satu isu, isu baru pula yang timbul.

Masyarakat yang masih mencari-cari sinar dakwah, mula terapung-apung tanpa jawapan. Melihat satu fenomena pelik orang-orang berilmu.

Salahkan siapa??

Bertindaklah, jika kita sedar kita mampu mengubahnya.
Bertindaklah, jika kita punya nilai kesedaran.
Bertindaklah, sebelum kita jadi diantaranya.

Memasang niat sudah cukup. Niat yang padu dan tetap serta gerak langkahnya. Bukan sekadar niat di hati.

“Dunia ini untuk orang-orang yang menyintai kehidupan, kasih sayang yang besar menjadikan jiwa manusia besar…”


“DIRI KITA PERLU RUANG DAN PELUANG”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails