Sunday, February 28, 2010

NAHI MUNGKAR (cegah kemungkaran)

asalamualaikum,

saya juga telah mengambil ikhtibar dari tajuk ini...seperti jangan kita melakukan kemungkara...kerana ALLAH tidak suka akan org yg tidak mencegak kemungkaran...kita sebagai sesama islam kita perbaiki diri jika kita rasa yg kita ini seorg yg lemah dan tidak bermaya...jgn termakan dgn pujukan syaitan...

YA ALLAH,
LINDUNGI LAH KAMI DARI KEMUNGKARAN,
BANTULAH KAMI MENENTANG NAFSU KAMI.
SEDARKANLAH KAMI SESUNGGUG KAMI MANUSIA YG HINA,

YA ALLAH BERILAH KAMI CAHAYA (NUR),
UNTUK KAMI BERADA DI JALAN MU,
PERMUDAHKAN HATI KAMI DGN MENCEGAH KEMUNGKARAN,

AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Saturday, February 27, 2010

Di manakah kau semngat aku untuk belajar?

ya ALLAH kembalikan lah kepada ku semangat untuk aku belajar,
ya ALLAH sesungguhnya kami adalah manusia yg hina yg dijadikan daripada tanah yg kami sendiri pijak,
ya ALLAH berilah kami otak yg cerdas sesungguhnya kami sering lupa,


ya ALLAH maha yg berkuasa,
ya ALLAH maha yg bijaksana,
berikanlah kami apa jua kekuatan yg telah menjadikan semua para sahabat menjadi kuat ingatan..

amin...

hari yg bahagia...

tk pernah ku alami sebegini...sbb semua benda tuhan yg tentukan so..jumaat lps,aku pergi melaka...memang best tau...sbb pemangsa paling terbesar di dunia nak serang aku(sebenarnya atas kepala je) semua haiwan yg jarang aku kenal...aku kenal lebih terperinci pada hari ni..sebelum tu aku pergi dgn tiga keluarga...segala benda yg ada dlm zoo melaka aku terokai...memang caya lah..merlin (nama seekor beruk) blh tendang manusia sampai masuk bakul...tergelak aku tgk.and then tak lama kemudian dia main bergayut...sekali dia datang kat aku,punya kecut perut dia terjun atas peha aku.alangkah baiknya monyet ni,sebab dia kiss me.hahaha..walau mcm mana pun thanks merlin,i cannot forget what you do to me.especially the kiss!!!.lps dari pergi zoo,kami bergeraklah ke chalet yg telah kami tempah.aku tak tau pulak yg ada seorang pekerja kat situ sepupu mak aku.memang suprise lah aku ckp.walau pun chalet tak besar mana pun.tapi blh lah untuk sekeluarga.

selepas kami check in,bg laki dah memang tanggungjawab pergi solat jumaat,semasa solat jumaat,aku dah sleping dah..sbb tak tahan dgn tok imam..apa lah suara pelahan...khutbah sepatutnya untuk semua org lagi lagi masa tu hari kelahiran RASULULLAH S.AW..alangkah indahnya semua jatuh pada hari jumaat kecuali birtday aku..huhuhu hari isnin ni...semua keluarga aku tk perasaan lg yg hari isnin hari ulang tahun kelahiran aku..muhaimin je ingat...


walaubagaimana pun tak pelah...selepas solat jumaat,kami pergi ke rumah sepupu mak aku,alangkah terkejutnya aku..dah lah mak aku sepupu mak dia,anak dia yg keberapa tak tahu sama umur dgn aku pulak..sepupu aku juga..lg lg dia perempuan..tapi satu jelah aku tak suka character dia..dah tahu ada tetamu kenapa tak pakai tudung...aduyai...

selepas dari blk umah sepupu mak..kami pulang berangkat ke rumah kami...dgn letih tetapi aku masih gembira dpt jumpa lg dgn sepupu aku...aku pun dh tak tahu berapa sepupu aku..tapi biarlah..ok lah sampai di sini jelah yg aku blh cite..ok bye,asalamualaikum

sorry masa kitaorg pergi selama 2 hari je..jadi aku pendekkan jln cerita ni...ok bye..

Tuesday, February 23, 2010

dorongan dari kawan

asalamualaikum...hari ni...rasa sungguh menyedihkan...kenapa lah asyik nak puji perempuan je....argh!!! bengang...tapi nasib baik kwn aku ckp sabar je perempuan pun ada kelemahan...redha terus kemarahan aku,...

ok ar bye bye...

Sunday, February 21, 2010

bonzai?

hahahahaha sebenarnya itu sejenis pokok...tapi ada lah sorg kakak ni asyik kena buli dgn aku je...hahaha best best best...akk saya gurau jelah tak pyh nak terasa apa ke apa benda entah...bonzai tu kan cantik...tapi mahal lah....hahaha tapi tak pelah nak buat mcm mana sebut jelah....ok bye

Thursday, February 18, 2010

Hati Tenang Berpaksi Ilahi

Jiwa gersang terasa kekosongan,
Minta diisi zikir laungan;
Hati gundah tiada kehaluan;
Petunjuk Rabbi sekadar bayangan.

Hari-hari berlalu penuh derita,
Perit jerih jelas terasa;
Dimana perlu kututur bicara;
Bagi diri penuh sengketa.

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qulubana 'ala diinik!!!"

Alhamdulillah,
Gegak gempita bersulam cahaya;
Kalam Ilahi penguat jiwa;
Langkah diorak penuh bertenaga;
Ke medan jihad kutempuh jua.

Ketekalan Al-Fateh penunggak kekuatan,
Jiwa ar-rijal penuh keberanian;
Tahajjud pada Ilahi peneguh keimanan;
Pemangkin kekuatan puncak kejayaan.

Kalam Allah terpahat di dada,
Sunnah junjungan sedia terlaksana.;
Jiwa tenang indah terasa;
Hidup berpaksikan Allah semata.

Salam Rindu,
Salam Perjuangan.

Kenapa Perlu Berselawat?

Allah swt telah berfirman:"Sesungguhnya Allah swt beserta para malaikatNya sentiasa berselawat untuk Nabi Muhammad saw.Hai orang-orang yang beriman, bacalah selawat dan salam untuk Muhammad saw dengan bersungguh-sungguh."(Al-ahzab:56). Ayat tersebut memerintahkan kepada orang-orang yang beriman supaya bersungguh-sungguh dalam menbaca selawat dan mendoakan keselamatan untuk Nabi Muhammad saw.Oleh kerana itu,orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan rasulNya,haruslah mereka mentaati perintah tersebut dengan memperbanyakkan bacaan selawat dan salam untuk dipersembahkan kepada junjungan dan ikutan kita Nabi Muhammad saw.

Selawat dan salam yang dilimpahkan oleh Allah swt adalah berupa rahmat,kasih sayang dan pengampunan. Sedangkan selawat yang dipersembahkan oleh para malaikat dan orang yang beriman adalah berupa doa dan permohonan kepada Allah swt agar Dia berkenan melimpahkan selawat(rahmat) dan salam(keselamatan dan kesejahteraan) kepada Nabi Muhammad saw.Allah swt sentiasa berselawat kepada Muhammad saw,bererti Dia sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada beliau.

Melihat pertanyaan diatas,maka timbullah persoalan di dalam benak kita:"Mungkinkah Nabi Muhammad saw sebagai kekasih Allah masih memerlukan tambahan rahmat dan keselamatn dariNya?Benarkah beliau masih perlukan bingkisan doa dari umat beliau?" Sebagai umat Nabi Muhammad saw,kita haruslah yakin bahawa beliau adalah makhluk Allah swt yang menjadi kekasihNya(habibullah).Kita juga harus yakin bahawa Nabi Muhammad saw telah mendapat jaminan untuk masuk ke syurga.Nabi Muhammad saw juga telah mendapat rahmat dan keselamatan yang tidak terkira dari sisi Allah swt. Sehinggakan tanpa selawat dan doa dari kita pun tidak menjadi masalah buat beliau.

Sesungguhnya beliau tidak memerlukan selawat dan salam dari kita,sama sekali tidak memerlukannya! Lalu mengapa kita diperintahkan untuk membaca selawat dan salam untuk beliau? Itulah salah satu perintah Allah swt untuk membuktikan siapa sesungguhnya di antara kita yang benar-benar mentaati perintahNya.Juga untuk melihat sejauh mana kecintaan kita kepada RasulNya. Nabi Muhammad saw ada bersabda:"Barangsiapa yang mencintai sesuatu,nescaya dia banyak menyebut-nyebut yang dicintainya".(HR Dailami)

Hadis tersebut benar-benar terjadi dalam kehidupan ini.Seseorang yang mencintai sesuatu,nescaya sesuatu itu selalu diingati dan disebut-sebutkannya. Misalnya semasa kita mencintai seorang gadis,nescaya kita akan selalu mengingati gadis tersebut dan menyebut-nyebutnya. Begitu juga sebaliknya. Begitu juga apabila kita benar-benar mencintai Allah swt dan rasulNya nescaya kita akan selalu mengingati dan menyebut-nyebutnya.Oleh itu,salah satu cara yang di ajar Islam untuk meluahkan rasa cinta itu adalah dengan berselawat. Ketika kita membaca selawat, saat itu juga kita menyebut nama Allah dan RasulNya sekaligus.

Semakin tinggi kecintaan kita terhadap Allah dan RasulNya, nescaya makin banyaklah kita berselawat. Dan semakin banyak kita berselawat, maka makin tinggi darjat kita sebagai seorang muslim. Nabi Muhammad saw ada bersabda:"Sesungguhnya manusia yang paling utama disisiku pada hari kiamat kelak adalah yang paling banyak membaca selawat".(HR Nasai,Tirmizi dan Ibnu Hibban). Oleh yang demikian,perbanyakkanlah berselawat,disamping sebagai bukti cinta kita kepada Allah swt dan rasulNya,hakikatnya ia juga bagai mendoakan diri kita sendiri.Dengan demikian,semakin banyak kita berselawat bererti semakin kita mendapat rahmat yang melimpah ruah.

Jika dilihat dari secara zahirnya,memang pada saat itu kita memanjatkan doa agar Allah swt melimpahkan rahmat kepada Muhammad saw,tetapi pada hakikatnya kita sedang mendoakan rahmat dan keselamatan tersebut untuk diri sendiri. Bahkan limpahan rahmat dan selawat yang akan kita dapat itu lebih banyak dari rahmat dan salam yang kita persembahkan kepada Nabi Muhammad saw. Hal ini disyariatkan oleh Nabi Muhammad saw sendiri dalam sabdanya: "Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah swt akan melimpahkan rahmat keatasnya sepuluh kali ganda".(HR Muslim)

Begitu tingginya nilai bacaan selawat,sampaikan solat kita tidak sah tanpa disertai bacaan selawat.Kerana menbaca selawat termasuk dalam salah satu rukun solat,yakni harus dibaca ketika tahiyyat.Oleh yang demikian,setiap muslim wajib membaca selawat sekurang-kurangnya sembilan kali sehari semalam.Jika kurang dari itu bererti solatnya tidak sempurna. Akhir kata,semoga selawat dan salam tetap dilimpahkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw beserta keluarganya,para sahabat dan seluruh umatnya sehingga hari kiamat.Demikian jelaslah bahawa kenapa kita perlu berselawat.

Allahuma Amin ya Rabbal'Alamin!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails